◉ HEADLINES

Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, diganti penjara 35 tahun

Norhalis telah berada dipenjara selama sembilan tahun sementara menunggu hukuman mati dihadapinya

5:47 PM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh seorang wanita, sembilan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Mat dalam keputusan sebulat suara hari ini, membenarkan permohonan semakan Norhalis Mohamad Zaid, 38, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 2(4) dan 3(1) Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

Hakim Tengku Maimun mengetepikan hukuman mati terhadap lelaki itu yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Temerloh pada 2 Okt 2018 dan digantikan dengan hukuman penjara 35 tahun dari tarikh tangkap 21 Julai 2015.

Norhalis telah berada dipenjara selama sembilan tahun sementara menunggu hukuman mati dihadapinya itu.

Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.

Pada 2 Okt 2018, Norhalis dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Noor Salwana Wahab, 28, seorang jurutol, di sekitar hotel di Seri Kembangan antara 6.30 petang, 17 Julai 2015 dan 2 pagi, 18 Julai tahun sama.

Rayuan Norhalis terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh itu ditolak Mahkamah Rayuan pada 10 Okt 2019, sebelum Mahkamah Persekutuan menolak dan mengekalkan sabitan pada 16 Dis 2020.

Terdahulu, peguam Mohd Kamaruzaman A Wahab yang mewakili Norhalis memohon agar hukuman terhadap anak guamnya dikurangkan kepada hukuman penjara dan mengenakan rotan yang munasabah, atas alasan Norhalis merupakan seorang anak yang taat dan membantu ayahnya di kebun.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol memohon mahkamah mengekalkan hukuman mati itu, kerana perbuatan yang dilakukan lelaki berkenaan dianggap terlalu kejam.

Pada 18 Julai 2015, media melaporkan penemuan mayat wanita berbalut dengan kain tebal di dalam sebuah kereta selepas kereta yang dipandu teman lelaki wanita itu terbabas di Lebuhraya Pantai Timur, dipercayai akibat mengantuk.

Mangsa yang bekerja sebagai jurutol dan tidak bercuti raya ditemukan di tempat duduk hadapan dengan kecederaan di bahagian leher, sementara pemandu kereta patah tulang rusuk.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Jengka, Pahang dan keraguan timbul ekoran tiada kecederaan luaran pada tubuh mangsa selain keadaan mukanya seperti lemas, sebelum pihak forensik mengesahkan kematian mangsa akibat kecederaan di leher. – 18 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related