HEADLINES

MCMC selesai rakam percakapan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo

Telefon bimbit ketiga-tiga individu terbabit turut disita bagi membantu siasatan

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah merakam percakapan tiga pemilik akaun media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) berhubung kandungan yang dimuat naik mereka sebelum ini.

Menurutnya, rakaman percakapan membabitkan Chegubard dan Salim Iskandar dilakukan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberhaya, Selangor, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, rakaman percakapan bagi Papagomo dilakukan di Balai Polis Setapak.

“Penyebaran kandungan tidak benar dengan niat mengganggu pihak lain adalah melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, MCMC berkata, pegawai penyiasat turut menyita telefon bimbit milik ketiga-tiga individu terbabit yang digunakan mereka untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu,” katanya.

Pada Januari lalu, tiga individu sama pernah tampil memberi keterangan berhubung dakwaan terbabit dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan yang dikenali sebagai Langkah Dubai di balai polis Setapak. – 18 April, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Related