‘Kenapa simpan, patut beri pada orang susah’ netizen persoal kenapa beras dibuang

Menurut netizen, jika barangan itu diedarkan Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, sudah pasti ia memberikan manfaat kepada ramai orang

2:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said memohon maaf dan mengambil tanggungjawab dalam isu pembuangan beras dan barang makanan di Pahang, namun ia tidak cukup meredakan kemarahan netizen.

Mereka mempersoalkan kenapa barang berkenaan tidak diagihkan kepada penduduk yang memerlukan, sebaliknya disimpan di dalam stor simpanan sehingga hampir dua tahun.

Menurut mereka, walaupun ia dibeli menggunakan peruntukan peribadi, namun jika barang tersebut diedarkan oleh Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, sudah pasti ia memberikan manfaat kepada ramai orang daripada dibiarkan busuk dan membazir begitu sahaja.

‘Jika dari awal diletakkan dan diedarkan ke masjid, surau, rumah kebajikan dan juga rumah ibadat agama lain, pahala akan mengalir berterusan,’’ kata Md Jehan dalam media sosial.

Ismail sebelum ini memohon maaf dan mengambil tanggungjawab terhadap isu yang tular di media sosial melibatkan pembuangan ratusan kampit beras, tepung, sardin dan gula dibuang di tempat pembuangan sampah di Pahang.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berkata, barangan makanan itu dibuang di tempat pembuangan sampah di Pahang selepas ia didapati tercemar susulan penemuan beberapa ekor bangkai tikus dalam stor simpanan.

Jelasnya, barang berkenaan dibeli menggunakan peruntukan peribadi sebelum tempoh Pilihan Raya Umum (PRU-15) pada 2022.

“Punca buang sebab kes sorok beras ke? Beras dah berkutu ke sampai buang ni? Ehh geram pula! Beras ni dah lah payah nak dapat beras aci buang macam tu je,’’ kata Wan Akmal.

Ada juga yang meminta kerajaan merangka undang-undang khas bagi menghukum mereka yang membazir dan membuang makanan.

“Tiba masa kerajaan rangka undang-undang khas hukum orang yang bazir dan buang makanan. Tatkala rakyat diminta makan ubi kayu sebab beras tak cukup, perbuatan begini amat tidak boleh diterima sama sekali,’’ kata Solisidtor menerusi akaun X.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPD) Temerloh.

“Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang berkaitan insiden timbunan beras yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang.

“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dengan segera,’’ katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid memaklumkan tapak pelupusan sampah itu beroperasi tanpa kelulusan pihaknya.

Beliau berkata SWCorp telah mengambil tindakan dengan menutup sementara tapak berkenaan sehingga siasatan melibatkan beberapa pihak selesai dan pihak terlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) kerana melonggokkan sisa pepejal terkawal di kawasan tidak dibenarkan.

Sekiranya sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya. – 19 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related