◉ HEADLINES

Bagasi berisi RM500,000: 3 saksi belum tampil beri keterangan

Mereka memberi alasan berada di luar negara, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sumber wang tersebut

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga saksi yang sepatutnya dirakam keterangan berkaitan pemilikan bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000 masih belum tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga individu itu adalah rakan kepada pengarah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan kayu balak.

“Kita masih menunggu mereka tampil untuk dirakam percakapan, namun mereka memberikan alasan berada di luar negara.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sumber wang tersebut yang didakwa digunakan bagi perniagaannya,” katanya kepada media di Masjid Negara di sini, hari ini.

Terdahulu, Hussein hadir bagi memberi penghormatan kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada jam 2.15 pagi tadi.

Sebelum ini, Hussein mengesahkan seorang pengarah syarikat kayu balak sudah tampil memberi keterangan kepada pihak polis pada 30 Mac lalu selepas mendakwa bagasi terbabit adalah miliknya.

Pengarah syarikat itu mendakwa bagasi mengandungi wang itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang dipinjamkan tahun lalu untuk tujuan pelaburan.

Bagaimanapun, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod dan bukti yang mengatakan wang terbabit adalah milik syarikatnya semasa keterangannya direkodkan.

Pada 21 Mac lalu, media melaporkan satu bagasi berisi wang lebih RM500,000 ditemukan di tempat meletak kenderaan di sebuah pusat beli-belah oleh pihak pengawal keselamatan di premis terbabit. -20 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related