HEADLINES

Jemaah umrah Iran berlepas ke Arab Saudi selepas 10 tahun

Iran akan menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang di seluruh negara itu mulai Isnin

8:17 AM MYT

 

TEHRAN — Kafilah pertama jemaah umrah Iran memulakan perjalanan mereka ke Tanah Suci Makkah pada Isnin selepas terhenti selama 10 tahun.

Majlis pelepasan rasmi jemaah umrah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di ibu negara Iran pada Isnin dan dihadiri wakil pemimpin dalam hal ehwal haji dan ziarah Abdolfattah Navvab, Ketua Organisasi Haji dan Ziarah Abbas Hosseini dan Duta Arab Saudi ke Iran Abdullah bin Saud al-Anzi, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

Iran akan menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang di seluruh negara itu mulai Isnin, kata Mohammad-Hossein Ajilian yang bertanggungjawab ke atas operasi haji dalam syarikat pengurusan lapangan terbang Iran pada Sabtu. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Mashhad juga akan mengendalikan penerbangan seumpama itu pada Isnin dan lapangan terbang di bandar utama termasuk  Zahedan, Ahvaz, Tabriz, Yazd, Kerman, Bandar Abbas, Sari, Isfahan, dan Shiraz, masing-masing akan menyewa khas satu penerbangan pada hari-hari berikutnya.  

Lapangan terbang Marshad akan mengendalikan penerbangan akhir ke Arab Saudi pada 2 Mei.

Ajilian berkata sejumlah 5,720 jemaah dijangka berlepas ke Arab Saudi tahun ini. – 23 April, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related