◉ HEADLINES

Nahas helikopter: ‘Kau dah janji nak pulang untuk Gawai’ sepupu luah kesedihan, Joanna tak sempat balik Sarawak

Shafiza Feeza menerusi hantaran di Facebook turut meluahkan kesedihan kerana Joanna meninggalkan keluarga dan anak-anak yang masih kecil

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sepupu kepada salah seorang mangsa helikopter terhempas di Lumut, Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna memaklumkan mendiang telah berjanji untuk pulang ke Sarawak pada sambutan Hari Gawai, 1 Jun ini.

Shafiza Feeza menerusi hantaran di Facebook turut meluahkan kesedihan kerana Joanna meninggalkan keluarga dan anak-anak yang masih kecil.

Malah katanya, nenek mereka menangis serta tidak percaya mengenai berita yang diterima mengenai kematian Joanna.

“Kenapa kamu tinggalkan kami semua? Kau dah berjanji akan pulang untuk Gawai, dah pesan suruh aku belikan dress untuk Lisa. Kenapa jadi macam ni?

“Kasihan anak-anak kamu masih kecil, kasihan suami kamu, family kamu apatah lagi nenek. Nenek nangis dengar khabar berita ni. Tidak mau percaya berita ini, tapi inilah hakikatnya,’’ kata Shafiza yang menulis hantaran tersebut dalam bahasa Bidayuh.

Difahamkan Joanna berasal dari Kampung Sumpas Tampek Jalan Batu 11 Serian, Sarawak.

Terdahulu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

Insiden itu berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan. – 23 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

◉ Related