Datuk Red ceraikan Adira talak satu

Mengenai nafkah anak-anak, Adnan dan Adira yang juga isteri kedua usahawan itu akan mengadakan perbincangan

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ikatan perkahwinan penyanyi, Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu terlerai selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, hari ini.

Adnan atau lebih popular dengan panggilan Datuk Red, 46, melafazkan talak itu pada jam 9.39 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Hadi Omar.

Dia berbuat demikian mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Peguam syarie mewakili Adira, iaitu Nor Saidah Zakaria berkata, kedua-dua pihak bersetuju bercerai dengan syarat anak guamnya tidak menuntut nafkah tertunggak, edah dan mutaah daripada Adnan.

Bagaimanapun, mengenai nafkah anak-anak, Adnan dan Adira yang juga isteri kedua usahawan itu akan mengadakan perbincangan.

Meskipun umum mengetahui kemelut yang melanda hubungan pasangan itu selepas Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan perceraian pada 25 Oktober tahun lalu, talak dilafazkan Adnan mengejutkan.

Ia kerana hubungan mereka dilihat kembali akrab sejak beberapa minggu lalu, termasuk melakukan rakaman video secara langsung bersama di media sosial.

Adira turut dilihat mencium tangan Adnan ketika lelaki itu menghantar dan menjemputnya di lapangan terbang ketika menjalani umrah.

Rata-rata peminat meluahkan kegembiraan dengan perkembangan itu, malah mendoakan hubungan pasangan itu kembali pulih dan tidak bercerai.

Semalam, Adnan membuatkan netizen sebak apabila meminta Adira dan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim yang turut memfailkan permohonan untuk mengakhiri perkahwinan, menarik balik permohonan cerai mereka.

Adnan berkata, keputusan membabitkan perkahwinannya dengan Adira bakal diketahui hari ini menerusi proses hakam selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Mac lalu gagal disepakati, manakala keputusan kes bersama isteri pertama bakal diketahui Jun depan.

Pada 5 Mac lalu, Adira dan Adnan hadir bagi keputusan laporan JKP dilantik artis kelahiran Sabah itu dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.

Adnan melantik sahabat baik sebagai wakil JKP, manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya, Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.

Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019 atas alasan tiada persefahaman dalam perkahwinan mereka, tetapi menarik semula tuntutan terbabit demi anak-anak.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak, iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Perkahwinan Adnan dengan isteri pertama pula dikurniakan lima cahaya mata.

Sebelum itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, Adnan dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan dia mempunyai 11 anak. – 24 April, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related