HEADLINES

Lakukan kerja dengan tekun, bersungguh, ‘perbetul niat kerana Allah’

Jakim menerusi khutbah Jumaat bersempena Hari Pekerja pada 1 Mei ini menegaskan, pekerja sebagai aset negara juga sewajarnya dilayan baik majikan

11:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam memenuhi tanggungjawab sebagai pekerja, Islam menuntut umatnya melakukan tugasan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Menurut khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk Bekerja Kerana Allah, setiap pekerjaan yang cemerlang itu pastinya terhasil dengan ketekunan dan kesungguhan.

Katanya, kecemerlangan bukanlah semata-mata mendapat markah tinggi atau dipuji majikan, tetapi kecemerlangan yang sebenarnya ialah apabila ia mencapai mardhatillah (keredaan Allah SWT).

“Bekerja adalah suatu amanah yang terkait juga padanya etika dan moral serta dosa pahala.

“Setiap kerja dilakukan menuntut kepada kesediaan mental dan fizikal serta paling penting, sifat ikhlas serta penyerahan diri kepada Allah SWT kerana nanti pada akhirnya, setiap dilakukan itu dinilai Allah SWT,” katanya.

Khutbah turut menegaskan, pekerja sebagai aset negara wajar dilayan dengan baik oleh majikan dan ‘penghambaan moden’ tidak sepatutnya berlaku dalam era perkembangan industri. – Gambar hiasan Abdul Razak Latif/Scoop, 26 April, 2024

Khutbah itu menegaskan, pekerja sebagai aset negara juga sewajarnya dilayan dengan baik oleh majikan.

Ujarnya, dalam era perkembangan industri, tindakan eksploitasi terhadap pekerja berlaku disebabkan pengabaian hak pekerja yang boleh dikategorikan sebagai ‘penghambaan moden’.

Pada masa sama, ia berkata, umat Islam sebagai khalifah Allah di muka bumi ini memegang sejumlah amanah dan tanggungjawab.

“Dalam menyantuni kehidupan dunia ini, segala keperluan hidup memerlukan harta dan kewangan stabil serta kukuh.

“Antara cara mendapatkan harta ialah melalui pekerjaan. Dengan sebab itu, dalam Al-Quran terdapat banyak perintah untuk kita bekerja seterusnya mencapai kehendak manusiawi yang kita miliki.

“Kunci utamanya ialah pekerjaan itu adalah halal dan tidak bertentangan dengan syariat, sama ada kita sebagai peniaga, tokoh korporat besar, petani, pekebun, penternak, nelayan, pertukangan, mengambil sebarang upah, penjawat awam, bekerja di sektor swasta, maka semuanya digalakkan,” katanya.

Antara kandungan Khutbah Jumaat bertarikh 26 April, 2024 yang menekankan pentingnya untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh kerja ia terkait dengan moral serta etika. – Gambar Jakim, 26 April, 2024

Justeru, umat Islam perlu memperbetulkan niat setiap kali bekerja kerana mengikut apa diperintah Allah.

“Kita juga bertanggungjawab melaksanakan tugas dalam pekerjaan dengan penuh etika dan berintegriti.

“Antaranya melaksanakan amanah pada hak yang sepatutnya, menepati masa, saling menghormati sama ada antara majikan dan pekerja serta mengamalkan akhlak mulia dalam berbicara dan tingkah laku.

“Hendaknya kita menjauhi sikap negatif dalam bekerja seperti malas, curi tulang, rasuah dan pecah amanah, bertangguh, bercampur bebas antara lelaki dan perempuan tidak ada pertalian serta lebih banyak melepak dari melakukan kerja sebagainya,” katanya. – 26 April, 2024

Topics

 

Hangat

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Related