◉ HEADLINES

Kes pemerasan RM1.25 juta: 3 pegawai polis pangkat ACP, DCP dan Inspektor ditahan

Permohonan reman akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah esok

9:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kanan polis berusia antara 38 hingga 50 tahun ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkannya berkata, tangkapan itu dijalankan sekitar Jalan Tun Razak, di sini melibatkan pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP), Deputi Supritendan Polis (DCP) dan Inspektor.

Permohonan reman katanya akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah esok.

Menurutnya, polis sudah membuka kertas siasatan dan siasatan awal mendapati semua suspek menafikan penglibatan dalam kes yang disiasat.

“Siasatan dijalankan oleh unit siasatan jenayah terkelas, bahagian undang-undang/pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di Bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu barang siapa melakukan pemerasan hendaklah dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu,’’ katanya.

Kes itu masih di peringkat siasatan, justeru katanya, orang ramai diminta tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Razarudin memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan sedang giat mengumpul maklumat risikan serta bukti secukupnya bagi memastikan semua yang terlibat dibawa ke muka pengadilan. – 3 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related