HEADLINES

Kenaikan gaji penjawat awam: Wan Fayhsal tuntut portal mohon maaf dalam 24 jam

Beliau mendakwa kenyataannya berhubung kenaikan gaji penjawat awam, diputar belit media terbabit dan sengaja dijadikan bahan untuk kempen memburukkan PN pada PRK Kuala Kubu Baharu

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan laporan sebuah portal yang mengatakan kononnya beliau dan pembangkang, akan mensabotaj kenaikan gaji penjawat awam diumumkan Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau mendakwa, kenyataannya diputar belit pihak media terbabit dan sengaja dijadikan bahan untuk kempen memburukkan PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Justeru, beliau menuntut pengurusan portal itu menurunkan laporan terbabit dan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kandungan fitnah artikel diterbitkan (sebuah portal) yang menuduh saya dan pihak pembangkang akan mensabotaj kenaikan gaji penjawat awam.

“Kenyataan saya diputar belit dan sengaja dijadikan bahan untuk kempen memburukkan pihak PN menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.

“Justeru, saya mengarahkan peguam saya menghantar Notis Tuntutan dan beri mereka 24 jam untuk menurunkan laporan terbabit, selain mengemukakan permohonan maaf kepada saya secara terbuka,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi hantarannya itu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang, turut memaparkan Notis Tuntutan daripada peguamnya kepada pengurusan portal berkenaan.

Notis tuntutan itu menyatakan, artikel diterbitkan portal berkenaan pada 3 Mei 2024, bersifat fitnah dan membayangkan Wan Fayhsal sebagai wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab di mata orang ramai.

Portal terbabit didakwa menerbitkan artikel memaparkan wajah Wan Fayhsal bersebelahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tajuk ‘Baru nak tarik nafas lega, PN pula rancang tolak usul kenaikan gaji penjawat awam?.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencabar pemimpin pembangkang supaya menyatakan pendirian bahawa mereka tidak bersetuju dengan kenaikan gaji penjawat awam.

Beliau berkata, ia berikutan kenyataan pemimpin pembangkang, terutama Wan Ahmad Fayhsal yang secara sinis dilaporkan memberitahu, pengumuman kenaikan gaji itu tidak memberi sebarang makna.

“Jadi saya nak cakap kat Wan Fayhsal, sila nyatakan pendirian tak setuju dengan pengumuman kenaikan gaji anggota perkhidmatan awam, sekarang.

“Kita nak tanya dia serta rakan-rakannya, sila nyatakan sekarang bahawa dia tidak setuju dan akan menolak bajet yang memasukkan nanti intipati mengenai perkara kenaikan gaji kakitangan awam itu.

“Sekarang masanya, untuk (cakap) bahawa mereka tak akan sokong, jadi senang orang Kuala Kubu Baharu buat keputusan (dalam PRK),” kata Saifuddin semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 bermula Disember depan.

Susulan pengumuman itu, Wan Fayhsal dilaporkan berkata, kenaikan berkenaan tidak memberi sebarang makna disebabkan peningkatan harga barangan ketika ini. – 4 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Mahathir at 100: A look back at the policies, events, and legacy of Malaysia’s longest-serving prime minister

From Vision 2020 and Proton to Operasi Lalang and the 1MDB fallout, Mahathir’s century-long journey reflects the triumphs, controversies and contradictions that shaped modern Malaysia

Related