HEADLINES

Meriah! Lebih 30,000 hadir majlis ramah mesra masjid, surau Jawi

Lebih 150 turut sukarelawan ditugaskan untuk menyampaikan penerangan mengenai masjid dan keindahan ajaran Islam sebagai salah satu bentuk ‘dakwah bilhal’

2:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagi memasyarakatkan dan mempromosikan peranan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah, sebanyak 130 masjid dan surau dari seluruh Wilayah Persekutuan dihimpunkan dalam majlis ramah mesra sempena sambutan Aidilfitri di Dataran Merdeka, hari ini.

Acara anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu menyantuni lebih 30,000 pengunjung yang bukan sahaja terdiri daripada kariah, malah pelbagai lapisan masyarakat dan pelancong asing.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, program diadakan buat kali keempat yang menghimpunkan masjid dan surau itu, selaras dengan semangat muhibah masyarakat Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian.

“Melalui penganjuran program ini, kami berhasrat menjalinkan silaturahim dalam kalangan masyarakat di Wilayah Persekutuan, membentuk semangat kerjasama dan persaudaraan jawatankuasa masjid.

“Ia juga bertujuan mencetuskan perasaan cakna dan prihatin terhadap masyarakat kurang berkemampuan untuk merasai pelbagai juadah makanan atas semangat muhibah serta perpaduan.

“Selain itu, ia menjadi medan memperkenalkan keunikan makanan Malaysia kepada pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat Jawi di sini, hari ini.

Pengunjung mengambil peluang untuk bergambar Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (empat, kiri). – Muharram Kasim/Scoop, 5 Mei, 2024

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin agama Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain.

Program bermula pada jam 10 pagi dan berakhir 12 tengah hari itu, turut menghimpunkan 160 gerai yang menawarkan pelbagai juadah untuk dinikmati tetamu.

Antara pengunjung yang hadir untuk menjamu selera dalam majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Jawi.

Antara menu utama, termasuklah 108 ekor kambing golek, ayam bakar, pelbagai jenis nasi dan mi, lemang dan rendang, sate, aneka kuih-muih, buah-buahan serta minuman.

Hidangan makanan kepada pengunjung bagaimanapun disediakan secara ‘first come, first served.’

Selain jamuan makanan secara percuma, beberapa acara seperti persembahan lagu puisi dan ketuhanan serta persembahan kebudayaan Rebana dan Caklempong diadakan di pentas utama.

Malah, lebih 150 sukarelawan ditugaskan untuk menyampaikan penerangan mengenai masjid dan keindahan ajaran Islam kepada pengunjung, sebagai salah satu bentuk ‘dakwah bilhal’. – 4 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

KLIA responds swiftly to storm-induced water overflow at terminal

Engineering and safety teams mobilised within minutes to contain rainwater intrusion and protect passenger areas, as thunderstorms continue across the Klang Valley

PTPTN to use e-Kasih data to convert loans into scholarships for students from low-income households

Starting next year, PTPTN will refer to the database to transform loans for students from poor families into scholarships, lightening financial burdens and enhancing academic focus

Much to learn from Perodua PR blunder – Ravindran Raman Kutty

Perodua’s swift correction wasn’t enough to prevent questions on inclusivity, underscoring why brands must treat religious sensitivity with the same rigour as product safety

Related