Bakal diusir Isnin ini, 24 keluarga di Kg Seri Makmur mohon campur tangan MB Selangor

Penduduk menghantar memorandum menagih ‘janji’ Menteri Besar pada November tahun lalu untuk memberikan pampasan perpindahan sebelum merobohkan rumah mereka

6:46 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Kira-kira 24 keluarga di Kg Sri Makmur, Taman Sri Gombak mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk campur tangan selepas diarahkan mengosongkan kediaman pada Isnin ini.

Penduduk terbabit mendakwa mereka berdepan dengan pengusiran paksa oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pejabat Tanah Galian Gombak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Perantau Sri Makmur (PPSM), Noora Mustafa berkata, berikutan itu penduduk hari ini sepakat untuk menghantar memorandum bagi menagih ‘janji’ Menteri Besar pada November tahun lalu untuk memberikan pampasan perpindahan sebelum rumah mereka dirobohkan.

“Penduduk perlu mengosongkan rumah pada 6 Mei (Isnin) ini selepas menerima notis pengusiran oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pejabat Tanah Galian Gombak.

“Di mana kami nak berteduh jika rumah dirobohkan? Apapun penduduk akan terus tinggal di rumah masing-masing. Jika kerajaan negeri boleh bantu, ia akan memudahkan urusan penduduk yang tiada rumah, nak tambah gelandangan lagi ke di Selangor?

“Kami juga bukan mewakili mana-mana parti politik, siapa yang memerintah, kami akan minta jasa baik mereka untuk menolong kami,” katanya kepada media di Bilik Gerakan Utama (BGU) Kerajaan Perpaduan di sini hari ini.

Noora bersama beberapa penduduk terbabit datang ke Kuala Kubu Baharu bagi menyerahkan memorandum kepada calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao.

“Mana tahu jika calon bantu kami, dia akan dapat lebih undi. Jadi harap dapat disampaikan hasrat kami ini kepada kepemimpinan tertinggi parti,” katanya.

Pengusiran keluarga terbabit yang menetap di tanah milik PKNS itu adalah bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium.

Menurut notis yang dihantar oleh PKNS dan Pejabat Tanah Galian Gombak, 24 keluarga di Kg Sri Makmur, Taman Sri Gombak diarah mengosongkan rumah mereka pada Isnin depan. – Gambar Scoop, 4 Mei, 2024

Terdahulu melalui satu surat bertarikh 24 April lalu, permohonan 10 daripada 24 keluarga ditolak atas sebab ketiadaan bukti bahawa mereka menetap di Kampung Sri Makmur sejak 2006.

Mengulas mengenainya, Noora berkata, alasan terbabit disifatkan tidak munasabah kerana segala bukti bagi 24 keluarga itu telah diberi kepada pihak berkuasa.

“Sementara permohonan 14 keluarga lagi masih berstatus dipertimbangkan sahaja untuk rumah ganti.

“Notis (usir) yang telah diberikan kepada penduduk kampung juga tidak wajar kerana penduduk sedang menunggu pampasan yang dijanjikan,” katanya.

Sebelum ini penduduk asal kampung terbabit dijanjikan pampasan penempatan di Rumah Selangorku Seri Temenggung dengan 30 rumah disediakan.

Pampasan penempatan di Sri Temenggung Rumah itu dikatakan telah dijanjikan semasa pertemuan antara wakil kerajaan negeri dan persatuan itu pada 16 November tahun lalu. – 4 Mei, 2024

Topics

Hangat

Axelsen stands chance to create new record at Malaysia Masters

Great Dane could become first European to win two men’s singles titles at tournament

Tan Sri Ta to be laid to rest on Friday

Influential corporate figure passed away in his sleep at 72

How Masjid Alwi embodies the ‘other Malaysia’ with a vibrant past

Mosque in Perlis is a symbol of past resistance against British colonisers and sits on the site of a former illegal bullfighting spot

Related