HEADLINES

Foto Fadhlina, Mahdzir sarapan sambil bincang isu pendidikan dipuji netizen, ‘terbaik, bukan masa cari mana bagus’

Fadhlina berkata, beliau dan bekas Menteri Pendidikan itu, bersepakat mengenai perihal mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mengetepikan sebentar perbezaan

9:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berbeza parti dan kepemimpinan politik tidak menghalang Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan pemimpin yang pernah memegang jawatan itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid duduk semeja.

Perkara itu dipapar menerusi foto dikongsi Ketua Wanita PKR berkenaan di Facebook, dengan menunjukkan beliau menikmati sarapan bersama Mahdzir yang juga Pengerusi Umno Kedah.

Menerusi coretannya, Fadhlina memaklumkan beliau membuat keputusan bertemu Mahdzir sebentar, sebaik tiba di Alor Setar untuk acara rasminya.

Pertemuan itu, katanya, bagi membolehkan beliau berkongsi pandangan dan mendapatkan pengalaman Mahdzir yang pernah menerajui Kementerian Pendidikan dari tahun 2015 hingga 2018 di bawah kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Fadhlina berkata, sebagai individu pernah memegang jawatan itu dan pemimpin berpengalaman, Mahdzir pastinya mempunyai ‘resepi’ untuk diadun bersama idea serta matlamat disasarkannya untuk kementerian berkenaan ketika ini, demi bersama-sama memajukan bidang pendidikan.

“Bersarapan pagi bersama Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid, mantan Menteri Pendidikan.

“Alhamdulillah, setibanya saya di Alor Setar pagi tadi, saya sempat bertemu Datuk Seri untuk bertukar-tukar pandangan berhubung usaha berterusan dan berkesinambungan memajukan pendidikan negara.

“Beliau bukan sahaja seorang mantan Menteri Pendidikan, tetapi juga pernah menjadi guru dan pengetua sebelum menyertai politik, justeru hadam benar akan isu serta permasalahan dalam pendidikan,” katanya.

Pada pertemuan itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, beliau dan Mahdzir bersepakat mengenai perihal mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Katanya, mereka bersetuju melaksanakan kesepakatan itu dengan mengetepikan sebentar perbezaan yang melatari kehidupan semua pihak, selain berganding bahu memberikan fokus kepada pembangunan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai tunjang kependidikan negara, tegasnya, mesti terus dipertahankan agar setiap derap dan langkah dilakukan mampu menjurus ke arah matlamat yang paling utama.

“Saya gembira dan bersyukur kerana semua pihak mengambil berat perihal pendidikan dan bersama-sama menyumbang ke arah penambahbaikan.

“Usaha ini bagi menuju ke arah keberhasilan dan kejayaan bersama nusa serta bangsa,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap profesional dan semangat kedua-dua pemimpin dalam memastikan kepentingan pendidikan di negara ini diutamakan.

“Terbaik, masa untuk berbincang untuk masa depan pendidikan anak-anak yang sampai masa menggantikan kita, bukan masa untuk mencari mana bagus mana baik, mana lemah, mana kuat,” kata Norizan Yang.

“Terbaik, semoga dipermudahkan segalanya, amin,” tulis Cahay Hidupku.

“Moga Allah memberkati,” respon seorang pengguna. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related