HEADLINES

Kes samun: Akhyar direhatkan, terlepas aksi pertama Liga Super pada Sabtu ini

Terengganu FC tidak bercadang menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemain bintang mereka selepas apa yang berlaku terhadap Akhyar Rashid

6:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemain Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid terlepas aksi pembukaan Liga Super (Liga M) musim 2024-2025 menentang Perak FC, Sabtu ini berikutan kecederaan yang dialami akibat disamun, Khamis lalu.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd Sabri Abas mengesahkan, pemain kebangsaan itu kini sedang berehat susulan kecederaan yang dialami di bahagian kepala dan kaki kiri.

Pemain berusia 25 tahun itu, katanya berkemungkinan diturunkan dalam perlawanan kedua menentang Penang FC di Stadium Bandaraya pada 19 Mei.

“Akhyar kini sedang berehat di rumahnya ditemani ahli keluarga yang lain. Untuk perlawanan pertama menentang pasukan Perak pada 11 Mei ini, Akhyar tak sempat nak main disebabkan masih lagi dalam tempoh recovery.

“Untuk perlawanan kedua pada 19 Mei menentang Pulau Pinang, mungkin dia dah boleh main.

“Doktor nasihatkan dia perlu berehat sekurang-kurangnya dalam tempoh satu minggu sebab ada jahitan di kepala dan kaki kiri berikutan kecederaan yang dialaminya,” katanya.

Pemain-pemain Terengganu FC menunjukkan solidariti terhadap Akhyar dengan memegang jersi nombor 33 milik bintang sayap Harimau Malaya itu. – Gambar ihsan Terengganu FC, 5 Mei, 2024

Khamis lalu, Akhyar cedera di kepala apabila disamun di Kuala Terengganu.

Dia dikatakan baru turun dari kereta sebelum dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali.

Pemain kelahiran Kedah itu kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri selain menanggung kerugian hampir RM5,000.

Ketika ditanya keadaan Akhyar, Mohd Sabri berkata, Akhyar tidak trauma namun masih terkejut dengan insiden yang menimpanya itu.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd Sabri Abas berkata, kelab itu tidak bercadang untuk menyediakan pengawal peribadi kepada pemain bintang mereka selepas apa yang berlaku terhadap Akhyar. – Gambar Bernama, 5 Mei, 2024

“Akhyar tidak trauma cuma masih terkejut sebab kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia pun tidak jangka benda macam itu akan berlaku ke atas dirinya.

“Saya merasakan ini merupakan serangan secara random (rambang), cuma kita terkejut sebab ia berlaku di tempat ramai orang.

Ditanya sama ada TFC akan menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemain-pemain, beliau berkata, mereka tidak bercadang untuk menyediakan perkhidmatan itu.

“Cuma kita pesan kepada semua pemain agar jangan keluar rumah sendirian, biar berteman lebih-lebih lagi pada waktu malam sebab kita tidak jangka benda-benda macam ini boleh berlaku. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related