HEADLINES

Penyanyi ‘Wajah Kesayangan Hamba’ Hail Amir meninggal dunia pada usia 77 tahun

Allahyarham Hail dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu kerana batuk dan keadaannya yang lemah

6:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon era 70-an, Datuk Hail Amir, 77, yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat jangkitan paru-paru, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.40 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berita mengenai pemergian Allahyarham Hail atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir disahkan anak perempuannya, Cinta Shafina menerusi mesej di aplikasi Whatsapp.

Hail, yang terkenal dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba, dimasukkan ke HKL, Jumaat lalu kerana batuk berpanjangan dan keadaannya yang lemah.

Menurut Cinta, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan terbabit.

Pada 2018, Hail pernah dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung.

Hail yang yang berasal dari Kebun Lama, Pulau Pinang, mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada 1975 sebelum mencipta nama sebagai penyanyi sekitar tahun 1976 atau 1977.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Hail merupakan figura yang cukup terkenal dan menonjol pada era 70-an dan 80-an. Bahkan, dia turut dikenali sebagai pasangan duet kepada penyanyi, Uji Rashid.

Keserasian mereka sebagai pasangan duet terbukti apabila kedua-duanya banyak berkolaborasi dan menghasilkan lagu duet bersama. Antaranya Asmara Bergelora, Katakanlah, Menunggu Nasi Minyak, Bertemu Untuk Berpisah serta lagu Seloka Hari Raya yang menjadi siulan ramai.

Dalam bidang lakonan pula, Hail membintangi sembilan filem termasuk Jiwa Remaja, Menanti Hari Esok, Dendang Perantau dan Sesejuk Air Mata Ibu, manakala Jaket Biru pada 1981 adalah lakonan terakhirnya.

Selepas lebih lima dekad terbabit dalam dunia seni, Hail dikurnia gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022.

Hasil perkahwinan dengan Datin Safiah Ibrahim, Hail dikurniakan empat cahaya mata dan sembilan cucu. Salah seorang anaknya, Cinta Shafina bekerja di syarikat komestik, SimplySiti milik Datuk Seri Siti Nurhaliza. – 6 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related