HEADLINES

Rampasan 4 Bugatti Veyron di Jerman: SPRM hantar permohonan rasmi kepada AGC untuk MLA

Rampasan kenderaan mewah di negara itu baru-baru ini didakwa ada kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB)

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) ke Jerman dalam siasatan mengenai rampasan empat kereta Bugatti Veyron oleh pihak berkuasa di Munich.

Rampasan kenderaan mewah di negara itu baru-baru ini didakwa ada kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bercakap kepada Scoop, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, MLA itu penting bagi perolehan maklumat lanjut dan dokumen berkaitan siasatan berkenaan.

“Kita (SPRM) juga sudah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa di negara itu untuk maklumat mengenai dana bon 1MDB yang digunakan membeli kereta mewah terbabit,” katanya.

Ditanya maklumat awal yang diperoleh SPRM dari Jerman berkaitan pemilik dan keberadaan kenderaan itu, beliau memberitahu, segala maklumat terbabit belum diperoleh setakat ini.

“Kita juga belum menghantar pasukan ke Jerman (untuk siasatan lanjut). Kita kena membuat penilaian situasi semasa terlebih dahulu selain mendapatkan maklumat terkini dari Jerman (sebelum menghantar pasukan penyiasat),” katanya.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, Bantuan Perundangan Bersama ke Jerman penting bagi perolehan maklumat lanjut dan dokumen berkaitan siasatan tersebut. – Gambar SPRM, 9 Mei, 2024

Baru-baru ini Scoop melaporkan, rampasan empat kereta Bugatti Veyron oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang didakwa ada kaitan dengan skandal 1MDB merupakan sebahagian daripada 50 kenderaan mewah yang terlibat dalam siasatan SPRM sejak 2020.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam kenyataannya berkaitan dengan laporan berita rampasan terbaharu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Jerman yang bertanggungjawab dalam siasatan jenayah kolar putih.

Menurut beliau, SPRM telah memulakan siasatan berhubung isu itu sejak 2020 dengan permohonan MLA ke Switzerland untuk mendapat maklumat terkini tentang aset beku berkaitan kes 1MDB.

Katanya, ia telah dilaksanakan pada November 2020.

“Ini diikuti dengan mesyuarat dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkaitan 50 kereta mewah yang terlibat dalam siasatan 1MDB pada 2021.

“Selanjutnya pada Mac 2022, satu mesyuarat dengan OAG telah diadakan di Switzerland untuk membincangkan kemajuan permohonan MLA dan mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. – 9 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related