◉ HEADLINES

Tiada laporan ceramah sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK KKB: Razarudin

Ditanya sama ada laporan dibuat itu termasuk isu berkait pengumuman peruntukan dana infrastruktur ke KKB dibuat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Razarudin berkata, perkara itu dibawah siasatan SPRM

12:23 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Tiada laporan atau aduan diterima polis membabitkan kempen atau ceramah yang menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum) sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima 12 laporan sepanjang berlangsungnya kempen PRK berkenaan.

“Dari permulaan (kempen) selepas penamaan calon hanya ada 12 report (laporan) dan dua tangkapan sahaja, dan tangkapannya pun kami dah tuduh salah seorangnya, kes berkait gambar Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

“Lain-lain isu pengundi, parti politik (kita dapati) tidak beri ceramah isu sensitif, malah keadaan di sini memang kita lihat aman dan tenteram.

“Begitu juga isu 3R, tidak ada yang menyentuh, rata-rata membincangkan isu pembangunan dan sebagainya,” katanya kepada media selepas mendengar taklimat perjalanan pengundian PRK Kuala Kubu Baharu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini hari ini.

Ditanya sama ada laporan dibuat itu termasuk isu berkait pengumuman peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Baharu (KKB) di buat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Razarudin berkata, perkara itu dibawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu beliau berkata, hampir 200 permit ceramah dikeluarkan sepanjang kempen PRK berjalan.

“Sepanjang itu juga tidak ada aduan pelanggaran permit ceramah,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Seramai 39,269 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan.

Sebanyak 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi dan ditutup jam 6 petang. – 11 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related