HEADLINES

Pejabat dipecah masuk, Ayu Puteh alami kerugian lebih RM1 juta

Nilai kerugian dihitung berdasarkan kehilangan wang tunai sebanyak RM100,000 selain master footage untuk tiga drama bersiri yang dilarikan serta lapan footage filem yang rosak selepas disimbah air

2:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penerbit drama dan filem, Datuk Ayu Puteh mendedahkan dia mengalami kerugian lebih RM1 juta selepas pejabat miliknya di Damansara Damai, Petaling Jaya dipecah masuk, kira-kira dua minggu lepas.

Menurut Ayu Puteh kepada Scoop, nilai kerugian dihitung berdasarkan kehilangan wang tunai sebanyak RM100,000 selain master footage untuk tiga drama bersiri yang dilarikan serta lapan footage filem yang rosak selepas disimbah air.

Tiga master footage drama yang dilarikan adalah Di Sebalik Dia yang diterbitkan sebanyak 26 episod, Yang Bakal Mati Ramadan Ini (22 episod) serta Baby Tak Gila (16 episod) manakala beberapa footage filem termasuk Ada Apa Dengan Dosa dan Autumn In Wales telah basah dan rosak.

“Saya sendiri tidak pasti apakah motif di sebalik kejadian pecah masuk ini tetapi pihak polis mengesyaki ia adalah perbuatan khianat. Ketika ini polis masih lagi menjalankan siasatan.

“Tetapi apa yang membuatkan saya kesal dan terkilan, salah satu master footage drama bersiri yang hilang itu adalah bahan bukti untuk kes mahkamah yang masih lagi berjalan,” katanya.

Kata Ayu Puteh, kejadian itu menyebabkan dia dan kakitangan kini lebih berhati-hati untuk menyimpan kandungan footage drama dan filem-filem mereka.

“Ketika ini, kami sedang sibuk membuat salinan footage drama dan filem yang tidak dicuri atau tidak rosak untuk disimpan di tempat lain serta memperbaiki  semula sistem kamera litar bertutup (CCTV) yang dirosakkan.

“Pihak polis juga ada menasihati, jika ada kes melibatkan kandungan drama atau filem yang sedang berjalan di mahkamah, jangan simpan bahan bukti sama ada dalam bentuk fail atau barangan itu di rumah atau di pejabat kerana tempat-tempat seperti ini memang tidak selamat.

“Tapi, saya pelik juga, andai kata bahan bahan bukti itu yang dicari, kenapa footage-footage lain yang tidak berkenaan juga dilarikan?” Soalnya.

Kejadian malang itu juga membuatkan Ayu Puteh terpanggil untuk mengingatkan rakan-rakan produser lain supaya menjaga kandungan harta intelek mereka dengan sebaik-baiknya.

Ayu Puteh yang juga penerbit dan pemilik syarikat produksi Pencil Pictures and Records Sdn Bhd sebelum ini dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM100,000 apabila pejabatnya dipecah masuk.

Kejadian itu disedari pada awal pagi, 25 April lalu selepas dia dihubungi kakitangannya mengenai kejadian tersebut. – 12 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related