HEADLINES

300 bakal jemaah haji terkandas di Makkah: TH, Kedutaan Malaysia siasat insiden

Jemaah terkandas juga diminta membuat aduan atau laporan rasmi ke TH dan Kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi dengan segera bagi tujuan siasatan

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan berkerjasama dengan pihak Kedutaan Malaysia di Arab Saudi, bagi melakukan siasatan sewajarnya berhubung insiden ratusan bakal jemaah ibadah itu dari negara ini, sedang terkandas di Makkah.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, kerjasama itu dilakukan berdasarkan maklumat terperinci daripada mangsa.

Katanya, jemaah yang terkandas juga diminta membuat aduan atau laporan rasmi ke TH dan Kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi dengan segera, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Pihak kami menasihati semua jemaah umrah yang masih berada di Tanah Suci untuk akur dan mematuhi peraturan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi, memandangkan ibadah umrah akan ditutup pada 15 Mei 2024 bagi persedian musim haji,” katanya.

Ujarnya, peraturan dikeluarkan kerajaan Arab Saudi dan TH adalah untuk menjaga kebajikan serta keselamatan jemaah ketika musim haji.

Terdahulu, kira-kira 300 bakal jemaah haji yang berada di Makkah, dilapor terkandas apabila agensi yang mengurus perjalanan kumpulan itu, gagal mendapatkan kebenaran untuk mereka mengerjakan ibadah berkenaan pada musim ini.

Kumpulan itu menyedari mereka diperdaya selepas mendapati pakej murah ditawarkan agensi terbabit, menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya sudah mengarahkan TH menyiasat insiden terbabit.

Menurutnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui TH sentiasa memberi peringatan saban tahun kepada umat Islam di negara ini, supaya lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah ditawarkan segelintir agensi pelancongan tidak dilesenkan kerajaan.

Na’im berkata, TH melantik 25 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim haji tahun ini.

“Ini adalah antara langkah awal persediaan haji dilakukan TH saban tahun.

“Umat Islam dinasihat menggunakan perkhidmatan syarikat dilantik TH sahaja sebagai PJH,” katanya. – 12 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Section 233 of CMA serves purpose in multiracial society: Federal Court

Activist Heidy Quah also notes ‘higher threshold’ and ‘narrow’ application of law to protect democratic dialogue and truth-seeking

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Related