HEADLINES

Darjah kebesaran, pingat negara luar tanpa perkenan Agong tidak diiktiraf di Malaysia

Hanya Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua Negeri boleh memberi anugerah yang sah kepada seseorang individu

6:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah dan tidak diiktiraf untuk digunakan dalam negara.

Presiden Majlis Datuk Dato’ Malaysia (MDDM), Datuk Awalan Abdul Aziz berkata, ia seperti mana diperuntuk di bawah Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 (Akta 787).

“Hanya Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua Negeri yang boleh memberi anugerah yang sah kepada seseorang individu,” katanya kepada pemberita selepas menyertai kejohanan amal golf anjuran MDDM di Bukit Kiara di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu penyalahgunaan gelaran yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Awalan berharap semua negeri dapat menerima pakai Akta 787 bagi membendung penyalahgunaan gelaran dan mereka yang mengguna pakai anugerah asing tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, ketika ini, penguatkuasaan akta itu yang diwartakan sejak 2018, belum dibuat secara menyeluruh memandangkan masih ada negeri belum menerima pakai atau mewujudkan enakmen sama di negeri masing-masing.

“Mereka yang melakukan kesalahan di bawah akta itu, boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 dan penjara maksimum 20 tahun, mengikut tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan,” katanya. – 12 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related