HEADLINES

Enam pakar perubatan Mercy Malaysia terperangkap di Rafah

Dr Hanif mohon doa semua pihak agar mereka dapat keluar ke sempadan

11:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Enam pakar perubatan Mercy Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan di Gaza kini dilaporkan terperangkap dekat Rafah susulan serangan demi serangan dilancarkan rejim Zionis.

Salah seorang daripadanya, Dr Hanif Ahmad Mazlan yang juga pakar bedah am, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu berkongsi cerita mengenai keadaan di sana dalam rakaman video yang dikongsi oleh penyanyi rap dan usahawan, Caprice di laman Instagram.

Menurut Dr Hanif, dia kini bertugas di Hospital Kuwait di Rafah dan telah masuk ke wilayah itu sejak 1 Mei lalu di bawah Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia di bawah payung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Hospital ini masih digazetkan sebagai zon selamat untuk kami berteduh dan bekerja, merawat pesakit-pesakit yang dibawa ke hospital.

“Bersama saya ada enam orang termasuk pakar bedah, pakar bius dan pakar ortopedik. Kami sedang menunggu arahan daripada WHO untuk keluar secepat mungkin apabila sempadan Rafah dibuka oleh Israel.

“Jadi doakan kami di sini, doa anda adalah amat penting bagi kami,” katanya.

Terdahulu Mercy Malaysia memberitahu, antara perkhidmatan lain yang disediakan dalam misi kemanusiaan itu adalah pembangunan dan pengoperasian Medical Point di Kem Al-Mawasi untuk menampung keperluan kesihatan asas penduduk Gaza yang tinggal di kem pelarian.

Rafah menampung kira-kira 1.4 juta penduduk Palestin, yang kebanyakannya berpindah dari tempat lain di Gaza.

Pertempuran dan pengeboman Israel memusnahkan kawasan pinggir laut itu.  

Sejak serangan tercetus di Semenanjung Gaza 7 Oktober lalu, seramai 35,034 rakyat Palestin terbunuh, 78,755 cedera dan 11,000 yang lain menjadi pelarian. – 14 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Related