◉ HEADLINES

2 anggota polis terkorban baru dua tahun bertugas

Kedua-dua anggota yang maut itu bertugas di unit ronda cegah jenayah di balai polis berkenaan

3:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis yang maut diserang di Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru, awal pagi tadi dikenal pasti sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Shafiq Ahmad Said.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, kedua-dua mangsa baru berkhidmat lebih kurang dua tahun bersama pasukan keselamatan dan bertugas di unit ronda cegah jenayah di balai polis tersebut.

Malah, dalam hantaran tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta seluruh warga PDRM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua anggota terbabit.

“Didoakan agar kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan, dalam serangan jam 2.54 pagi itu, dua anggota polis dilaporkan terbunuh, manakala seorang lagi cedera, manakala suspek yang bertopeng, berpakaian gelap dan bersenjatakan parang ketika menceroboh masuk balai polis berkenaan, ditembak mati di lokasi.

Dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota polis yang mengalami kecederaan dirawat di hospital sama.

Difahamkan, suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata.

Dia kemudian melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang menyebabkan kecederaan pada bahu serta perut dan seorang lagi anggota ditetak pada belakang leher dan kepala.

Razarudin turut mengesahkan suspek yang menyerang balai polis tersebut sebagai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Katanya, polis kemudian menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan. – 17 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related