HEADLINES

Perintah isytihar harta: SPRM teliti beberapa permintaan Mirzan Mahathir

Ini susulan tempoh lanjutan yang diberikan kepada anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu telah tamat pada 15 Mei lalu

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti beberapa permintaan dikemukakan ahli perniagaan, Mirzan Mahathir berhubung perintah mengisytihar harta di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Ini susulan tempoh lanjutan yang diberikan kepada anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu telah tamat pada 15 Mei lalu.

Ia merupakan tempoh lanjutan ketiga diluluskan SPRM terhadap Mirzan selepas kali pertama notis perintah mengisytihar harta diserahkan kepadanya pada Januari lalu.

Sumber memberitahu Scoop, Mirzan ada mengemukakan beberapa permintaan kepada SPRM baru-baru ini untuk dipertimbang berhubung melanjutkan tempoh sebulan lagi bagi mengisytihar harta.

“Beliau ada put some request (memberikan beberapa permintaan). Kita (SPRM) sedang meneliti beberapa request (permintaan) terbabit,” katanya di sini.

Walau bagaimanapun sumber enggan menjawab mengenai kedudukan seorang lagi anak Dr Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir kerana tarikh akhir untuk beliau mengisytihar harta yang dilanjutkan sebelum ini adalah pada 25 Mei ini.

Bulan lalu Scoop melaporkan, tempoh lanjutan sebulan iaitu sehingga Mei ini yang diberikan kepada Mirzan (15 Mei) dan juga Mokhzani (25 Mei) berkemungkinan lanjutan yang terakhir.

“Ada beberapa pertimbangan tempoh itu dilanjutkan. Probably (kemungkinan) ini yang terakhir,” kata sumber.

Siasatan terhadap Mirzan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM telah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti yang berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora serta Kertas Panama.

Pada 27 April lalu, Mirzan dan Mokhzani dalam kenyataan bersama mahu SPRM menentukan ‘had’ tempoh paling penting yang ada kaitan dengan siasatan mereka, dalam perintah mengisytihar harta diperoleh selama 43 tahun ini.

Kedua-dua mereka menegaskan, ia pastinya akan membantu mereka mengumpulkan maklumat dan dokumen diperlukan untuk mengisytihar harta kepada suruhanjaya berkenaan. – 18 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related