HEADLINES

Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua, masih berahsia nama

Uyaina yang terkenal dengan kelantangannya bersuara mengenai isu Palestin bagaimanapun belum bersedia mengumumkan nama anak lelakinya itu

4:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon yang kini aktif sebagai pengacara, Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di sini, Jumaat lalu.

Berkongsi berita gembira berkenaan, Uyaina berkata, dia dalam keadaan baik selepas bertarung nyawa melahirkan cahaya mata keduanya itu.

Dia melahirkan zuriat keduanya itu melalui pembedahan selepas dinasihatkan doktor kerana masalah jantung dihadapinya.

“Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi. Bonda juga selamat sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta.

“Semoga Raja Urhan menjadi seorang kekanda baik dan teladan buat adinda. Tiada apa dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu,” katanya melalui perkongsian di Instagram.

Dikenali cukup lantang bersuara mengenai hak dan isu Palestin sejak serangan Israel ke atas Gaza 7 Oktober tahun lalu juga, Uyaina memberitahu dia sudah memilih nama untuk anak keduanya itu.

Nama anak keduanya juga bermula dengan Raja dan huruf U, namun dia belum sedia berkongsi dan mengumumkannya kepada umum.

Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan sebelum ini, pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang kini berusia setahun. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Popular

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Related