HEADLINES

Piala Dunia Sepak Takraw: Beregu Malaysia buka kempen dengan benam Jepun

Kemenangan 2-0 memenuhi reputasi Malaysia sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Kumpulan A, dan akan menentang Brunei dalam perlawanan kedua esok

8:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin memastikan Malaysia memulakan kempen Kumpulan A dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan mudah 2-0 ke atas Jepun dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 38 minit itu, beregu negara yang turut dibantu pemain simpanan, Baihakki Aripin mempamer aksi konsisten untuk melakar kemenangan sulung 15-9, 15-3.

Kemenangan tersebut memenuhi reputasi Malaysia sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Kumpulan A, yang turut dibarisi oleh Brunei.

Selepas kalah dalam set pembukaan, pasangan Jepun, Ryota Haruhara dan Yuki Sato gagal menyaingi beregu tuan rumah, malah beberapa kali tidak mampu mengembalikan libasan Noraizat.

Kapten Malaysia, Aidil Aiman berkata, kemenangan selesa yang diraih pasukan negara dibantu oleh persiapan terbaik yang dilakukan mereka sebelum kejohanan bermula.

Noraizat (kiri) dan Aidil Aiman Azwawi meraikan mata yang diraih ketika menentang beregu Jepun dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A. – Azim Rahman/Scoop, 19 Mei, 2024

“Syukur atas kemenangan ke atas Jepun hari ini. Awal permainan tadi saya tercari-cari rentak dengan suasana dewan ini dan Noraizat berjaya menyuaikan diri dengan lebih baik.

“Terima kasih kepada semua penyokong Malaysia yang hadir pada hari ini dan memberikan sokongan padu kepada kami,” katanya.

Katanya, pertahanan adalah aspek paling penting dengan kiraan 15 mata yang digunapakai dalam Piala Dunia kali ini.

Dalam masa yang sama, Aidil Aiman berkata, skuad beregu negara belum dapat menonjolkan prestasi sebenar terutama di awal permainan menentang Jepun.

“Menentang Brunei esok kami akan buat yang lebih baik daripada hari ini,” tambahnya.

Semalam, Jepun menumpaskan Brunei 15-13, 15-10 untuk menghidupkan peluang mara ke peringkat kalah mati, dan itu bermakna tugas getir bakal menanti Brunei jika mahu menyekat Malaysia.

Sekiranya muncul selaku juara Kumpulan A, skuad negara dijangka menentang sama ada Korea Selatan atau Singapura (naib juara Kumpulan D) pada suku akhir, Selasa ini.

Terdahulu Thailand yang diwakili oleh Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan D selepas menang mudah ke atas Korea Selatan 15-10, 15-6.

Semalam, Thailand mencatat kemenangan pertama menewaskan Singapura 15-12, 17-15. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related