HEADLINES

PAS persoal bagaimana ‘Pinkfish Express’ dibenarkan atas gerabak sewa khas

Ahmad Fadhli Shaari berkata, budaya berhibur melampaui batas seperti menghadiri kelab malam yang ditonjolkan itu tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama KTMB

9:56 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – PAS mempersoalkan bagaimanapun festival Pinkfish Express dibenarkan diadakan di atas gerabak sewa khas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada Khamis lalu.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, budaya berhibur melampaui batas seperti menghadiri kelab malam yang ditonjolkan itu tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama KTMB yang merupakan aset negara.

“PAS menggesa agar aktiviti yang melampaui batas dan mencemarkan imej KTMB ini tidak wajar diteruskan. Imej KTMB serta pengamalan budaya hiburan yang sederhana tanpa dicedok daripada mana-mana negara Barat harus dipertahankan dalam negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

“Kami menegaskan hiburan bukanlah sesuatu yang dilarang buat rakyat Malaysia dan umat Islam namun Islam hadir membawakan garis panduan yang komprehensif dalam mengisi naluri manusia yang berkehendakkan kepada hiburan. Sederhana dalam berhibur adalah kunci kepada kemajuan,’’ katanya dalam satu kenyataan.

PAS bimbang penganjuran festival berkenaan boleh mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati. – Gambar tangkap layar, 19 Mei, 2024

Dikenali sebagai festival hiburan atas keretapi yang pertama di Asia Tenggara ini telah menggunakan gerabak keretapi milik KTMB dan bermula dari Stesen Keratapi Kuala Lumpur sebagai lokasi pesta tersebut.

Scoop cuba mendapatkan KTMB bagi mengulas perkara ini.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya pula mempersoalkan bagaimana pengangkutan awam boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya.

Keadaan ini, katanya boleh mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related