HEADLINES

Misteri penemuan mayat bayi baru lahir bawah kereta Proton akhirnya terjawab

Terdapat kecederaan pada pipi kirinya disebabkan oleh haiwan kerana dia dibuang berhampiran tempat pembuangan sampah

6:03 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Misteri penemuan mayat bayi baru lahir di sebuah pangsapuri di Pantai Dalam, pada Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila pemeriksaan awal mendapati dia meninggal dunia bukan kerana dibunuh.

Sebaliknya, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood, terdapat kecederaan pada pipi kirinya disebabkan oleh haiwan kerana dia dibuang berhampiran tempat pembuangan sampah.

“Kesan gigitan bukanlah berpunca daripada gigitan binatang besar seperti anjing tetapi hanya binatang kecil sahaja. Namun kita perlu menunggu laporan bedah siasat untuk butiran lanjut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ku Mashariman berkata, ambulans digerakkan ke kawasan penemuan bayi itu pada 10.25 pagi dan dia disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Beliau juga memberitahu, suspek yang membuang bayi berkenaan dipercayai tinggal di luar pangsapuri tersebut

Jumaat lalu, penduduk Apartmen Putra Ria gempar susulan penemuan mayat bayi berkenaan yang dalam keadaan cukup sifat, di bawah sebuah kereta Proton Iswara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. – 21 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related