◉ HEADLINES

Regu lengkapkan malam bersejarah, Malaysia rangkul gelaran Piala Dunia berganda

Kemenangan ini membalas kekecewaan dua tahun lalu di Daejeon, Korea Selatan yang menyaksikan regu negara tumpas 2-0 di tangan Thailand

11:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Skuad regu negara meneruskan malam bersejarah Malaysia apabila turut merangkul kejuaraan Piala Dunia Sepak Takraw pertama di Stadium Titiwangsa malam ini.

Kira-kira sejam selepas skuad beregu melakar kemenangan ke atas musuh tradisi, Thailand, trio regu negara, Farhan Adam (apit kanan), Syahir Rosdi (tekong) dan Azlan Alias menyerap sokongan padu 1,000 penonton dengan turut menumbangkan skuad Gajah Perang 2-0.

Sejam selepas skuad beregu melakar kemenangan ke atas Thailand, trio regu negara, Farhan Adam (apit kanan), Syahir Rosdi (tekong) dan Azlan Alias turut menumbangkan skuad Gajah Perang 2-0. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 22 Mei, 2024

Regu Thailand diwakili Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan dan Varayut Jantarasena longlai diratah servis konsisten Syahir, yang membantu Malaysia menang mudah 15-8 pada set pertama.

Di set kedua pula giliran perejam negara Azlan menunjukkan taring dengan libasan tajam yang gagal ditampan atau disambut oleh lawan.

Kemasukan Muhammad Haziq Hairul Nizam menggantikan Syahir tidak merubah rentak cemerlang regu negara dengan servis acenya memberi kemenangan 15-12 dan memastikan kejuaraan Piala Dunia kedua negara pada malam yang gilang gemilang.

Kemenangan ini membalas kekecewaan dua tahun lalu di Daejeon, Korea Selatan yang menyaksikan regu negara tumpas 0-2 di tangan Thailand.

Kali terakhir regu negara menewaskan Thailand adalah di Istaf Super Series di Melaka pada 2015.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang hadir menyaksikan kedua-dua aksi final telah menyampaikan pingat kemenangan kepada beregu dan regu negara.

Beliau juga menyampaikan cek Geran Padanan Sukan berjumlah RM1 juta kepada presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Sumali Reduan. – 22 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

◉ Related