HEADLINES

TH perluas penggunaan MRE semasa di Masyair

Langkah itu dilaksanakan bagi membolehkan rasa makanan yang diedarkan kepada jemaah di semua maktab seragam dengan pelbagai menu lebih menarik

12:30 PM MYT

 

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) memperkemas lagi sistem pengurusan makanan untuk jemaah haji tahun ini dengan memperluas penggunaan produk makanan sedia dimakan (MRE) untuk hidangan 31,600 jemaah haji Malaysia pada hari-hari kemuncak ibadah haji di Masyair nanti.

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata langkah itu dilaksanakan bagi membolehkan rasa makanan yang diedarkan kepada jemaah di semua maktab seragam dengan pelbagai menu lebih menarik memenuhi cita rasa jemaah haji Malaysia serta kualiti penyediaan makanan lebih terjamin. 

“Semasa di Masyair nanti, kita menyediakan sebanyak 16 menu dan daripada jumlah ini kita akan menyediakan sembilan menu MRE manakala tujuh menu lagi seperti nasi, dimasak di dapur semasa perkhemahan di Arafah dan Mina.

“Dengan adanya MRE ini, ia juga dapat  mengurangkan jumlah sajian yang dimasak secara di dapur perkhemahan sekali gus mengurangkan bebanan kepada petugas untuk memasak,” katanya kepada petugas media selepas mengadakan lawatan ke Stor Simpanan MRE di sini semalam. 

Hal itu juga, katanya dapat mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kebakaran kerana pek makanan itu hanya perlu direndam dengan air panas dan sedia dimakan sekali gus membolehkan jemaah menumpukan perhatian kepada kemuncak haji di Arafah serta Mina. 

Beliau berkata projek rintis MRE ini bermula lima tahun lepas dengan pengenalan satu menu sahaja pada 2018 serta 2019 sebelum ditambah kepada tiga menu lagi semasa 2022. 

Untuk musim haji kali ini, beliau berkata sebanyak 236,000 pek produk MRE dengan sembilan menu seperti nasi lemak dengan sambal ikan bilis dan kacang; nasi goreng ayam; ayam masak lemak; ayam masak merah serta daging masak kicap diperkenal sebagai hidangan tengah hari dan malam jemaah haji sepanjang berada di Masyair. 

Urusan penyediaan makanan itu dilakukan oleh pihak Mashariq iaitu pihak bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas untuk jemaah haji Malaysia khususnya kemudahan ketika di Masyair. 

“Pada Disember lepas, pengurusan Mashariq telah membuat lawatan ke beberapa kilang MRE di Malaysia bersama TH dan Kementerian Kesihatan (KKM). 

“Susulan lawatan tersebut, pengurusan Mashriq membuat penilaian terhadap kilang yang dilawat dan telah memilih sebuah syarikat di Malaysia dan sebuah syarikat di Thailand untuk membekalkan kesemua produk berkenaan bagi mengelak masalah bekalan pada masa hadapan.” katanya. – 23 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Teen suspect in school stabbing influenced by violent online content, not gaming: cops

Investigations reveal the 14-year-old was shaped by disturbing online videos, not peer pressure or video games, as authorities delve into his psychological state

Preacher Firdaus Wong claims man in Quran-stepping viral image is a Muslim

Firdaus Wong says the individual seen stepping on the Quran had previously contacted him seeking to convert to Islam, stressing that justice must be upheld regardless of religious background

Maxim Malaysia unveils women’s safety, inclusion, and driver support initiatives after APAD approval

With full regulatory approval secured, Maxim introduces new safety, inclusion, and driver support measures, including the 'Keselamatan Wanita' initiative and the OKU Track Tariff

Related