HEADLINES

10,160 pelajar tidak hadir duduki SPM 2023

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan

11:11 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Seramai 10,160 pelajar Tingkatan Lima tidak hadir untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Berikutan itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan.

“Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,’’ katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Putrajaya hari ini.

Keseluruhan 395,870 calon menduduki peperiksaan SPM 2023.

Pada 2022, seramai 30,000 orang tidak menduduki peperiksaan SPM. Ia mencetuskan kebimbangan masyarakat dan menggesa kajian dijalankan bagi mengenal pasti punca ia berlaku.

Malah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika itu memaklumkan kementerian akan melaksanakan kajian terperinci mengenai punca sebilangan pelajar tidak menduduki peperiksaan itu.

Beliau berkata, hasil kajian itu akan dikongsikan termasuk langkah intervensi untuk memastikan masalah ketidakhadiran calon SPM pada peperiksaan akan datang dapat diatasi. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related