HEADLINES

Lebih 5,000 jemaah haji direkod terima rawatan di fasiliti perubatan TH

8:24 AM MYT

 

MAKKAH – Seramai 5,681 jemaah haji Malaysia direkodkan telah mendapatkan rawatan di Pusat Rawat Tabung Haji (TH) di Madinah dan Makkah serta klinik-klinik kesihatan maktab setakat semalam.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Abdul Marsudi Manah berkata hampir 30 peratus jemaah yang datang mendapatkan rawatan adalah disebabkan masalah batuk, selesema, demam dan sakit otot.

“Ibadah haji ini merupakan pengalaman sekali seumur hidup menyebabkan jemaah haji ini teruja untuk mengerjakan umrah, tawaf sunat…jadi trend pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya ramai jemaah yang datang untuk mendapatkan rawatan disebabkan persekitaran yang berdebu, kering dan panas.

“Purata jumlah kedatangan pesakit untuk mendapatkan rawatan dengan jumlah jemaah semasa yang telah tiba iaitu kira-kira 17,000 orang, adalah empat pesakit per 100 jemaah haji dan angka ini, satu jumlah terkawal,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di sini.

Beliau yang juga merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memaklumkan setakat semalam, 34 orang masih dirawat di wad Pusat Perubatan Makkah.

Berikutan itu katanya pasukan perubatan TH sentiasa mengadakan lawatan dari bilik ke bilik bagi memberi penekanan kepada jemaah tentang kepentingan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat yang sesak walaupun dalam keadaan penyakit Covid-19 terkawal.

“Pemakaian pelitup hidung dan mulut ini bukan sahaja untuk mengelak Covid-19 tetapi juga virus-virus yang lain. Di Tanah Suci ini ada lebih ratusan negara bukan dari Asia Tenggara sahaja, jadi kita tidak tahu apa virus yang ada pada jemaah-jemaah ini,” katanya.

Dr Abdul Marsudi berkata TH juga sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi dari semasa ke semasa untuk mengetahui jika ada sebarang saranan dan nasihat kesihatan yang perlu dipatuhi jemaah berikutan laporan penularan kembali Covid-19 dengan melibatkan varian baharu di beberapa negara.

Bagi musim haji kali ini, beliau berkata 278 petugas rombongan perubatan daripada pelbagai disiplin telah diamanahkan untuk menyantuni Duyufurrahman termasuk pakar perubatan, pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan, unit sokongan makmal, pakar pemakanan, pergigian dan fisioterapi.

Menurutnya daripada jumlah itu, 40 petugas merupakan mereka yang pernah bertugas semasa musim haji, manakala selebihnya kali pertama bertugas di Tanah Suci. – 29 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Ayatollah Ali Khamenei terbunuh bersama anak, menantu dan cucu: Media Iran

Laporan Fars News Agency menyebut berita duka itu telah disahkan oleh sumber rapat keluarga Khamenei, mengukuhkan kebimbangan meningkatnya konflik serantau

DNS redirection: MCMC to continue engagement sessions with stakeholders

Regulatory body will gather views on other methods to tackle online harms after communications minister ordered not to proceed with rerouting method 

‘When I was a Kid 3’ author speaks out after novel’s ban

The author of the now-banned graphic novel “When I was a Kid 3” has described the Home Ministry’s decision to do so as unfortunate.

Related