HEADLINES

Penganjuran apresiasi filem di universiti akan diperbanyakkan: Fahmi Fadzil

Usaha mendekatkan mahasiswa dengan filem tempatan dilakukan kerana mereka adalah generasi yang akan menjadi penyambung kepada masa depan industri perfileman tanah air

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis berbentuk apresiasi filem di universiti-universiti awam akan dipergiatkan bagi menyuntik semangat menonton filem tempatan dalam kalangan mahasiswa khususnya penuntut jurusan seni perfileman.

Bercakap kepada Scoop, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hal demikian kerana mereka ini adalah generasi yang akan menjadi penyambung kepada masa depan industri perfileman tanah air.

“Setiap hasil seni yang dilahirkan merupakan penyumbang kepada industri kreatif tanah air dan ia merupakan hasil seni yang perlu kita hargai dan hayati intipatinya.

“Perjalanan menghasilkan filem bukan mudah. Apatah lagi filem yang berasaskan sejarah atau peristiwa masa silam.

“Oleh itu, harapan saya apresiasi ini akan dapat memberi sedikit ruang dan peluang untuk mahasiswa mendapat ilmu serta menambah pengetahuan dengan memahami sudut pandang artis serta idea dan pemikiran pembikin filem dalam filem yang disaksikan ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pagari Bulan (Filem Kita, Wajah Kita: Garapan Sejarah Dari Lensa Kreatif) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, petang semalam.

Majlis anjuran Pelajar Seminar Komunikasi Antarabudaya, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM dengan kerjasama syarikat produksi Eleven Field Creative itu mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Menurut Fahmi, menerusi majlis apresiasi filem, ia akan dapat memberi peluang kepada mahasiswa memahami aspek pembikinan filem dengan lebih mendalam melalui perkongsian daripada artis, pembikin filem serta panel jemputan.

“Saya nampak usaha seperti ini agak baik dan kementerian melalui Finas akan terus bagi sokongan. Kalau boleh kita mahu adakan lebih banyak majlis apresiasi filem ini dengan menjelajah kampus-kampus universiti agar lebih ramai mahasiswa dapat menyertainya.

“Ada universiti mempunyai fakulti dalam bidang perfileman. Jadi, majlis apresiasi filem sebegini memang sesuai diadakan. Ia juga dapat memupuk hubungan pihak akademia dengan penggiat seni filem,”katanya.

Fahmi juga bersetuju dengan saranan agar Finas menganjurkan pertandingan filem pendek untuk mahasiswa.

“Pihak Finas belum mempunyai cadangan terhadap usul ini dan saya akan cuba cadangkan kepada mereka agar ia dapat dilaksanakan,” katanya.

Pada majlis sama, Fahmi berkongsi pengalamannya menghadiri majlis apresiasi filem sewaktu zaman mudanya serta mengakui ia telah menimbulkan minat mendalam terhadap filem. – 31 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

SIC probes F1 ticket scalping, warns offending tickets could be cancelled

Sepang International Circuit says it is working with Bahrain International Circuit to investigate reports of bulk ticket purchases and inflated resale prices ahead of F1’s return to Malaysia

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related