HEADLINES

Arab Saudi beri peringatan tegas, jangan salah guna visa tunaikan haji

Turut diberi peringatan sekiranya notis baharu itu tidak dipatuhi, ia akan memberi kesan terhadap operasi haji sesebuah negara

9:10 AM MYT

 

MAKKAH – Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan notis kepada Ketua Rombongan Haji (KRH) semua negara pada Khamis lepas tentang langkah mengadakan kawalan keselamatan ketat bagi membendung penyalahgunaan visa semasa musim haji.

KRH Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, notis yang pertama kali seumpamanya dikeluarkan itu, antara lain mengandungi peringatan kepada KRH agar tidak membantu pergerakan atau penginapan mereka yang tiada visa haji sah.

Malah KRH turut diminta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu yang melanggar peraturan haji.

“Penekanan daripada pihak kerajaan Arab Saudi kepada pejabat semua Ketua Rombongan Haji itu belum pernah dibuat sebelum ini dengan peringatan begitu khusus.

“Turut diberi peringatan sekiranya notis baharu itu tidak dipatuhi, ia akan memberi kesan terhadap operasi haji sesebuah negara,” katanya kepada petugas media dalam sidang media mingguan di Ibu Pejabat TH di sini hari ini.

Beliau menyifatkan penekanan daripada kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu sebagai serius dan perlu diambil perhatian oleh rombongan rasmi haji semua negara.

Pada masa sama katanya beberapa operasi telah mula dilaksanakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi sejak dua minggu lepas dengan tangkapan dilakukan terhadap mereka yang tidak mempunyai visa atau permit haji sah.

“Pemeriksaan kenderaan dilakukan termasuk bas-bas yang dinaiki jemaah juga dilakukan (pemeriksaan) untuk pastikan hanya mereka yang punyai visa sah sahaja masuk ke Makkah. Walaupun orang tempatan atau bekerja di Makkah, mereka harus punyai permit sah untuk masuk ke sini,” katanya.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini kali pertama peringatan sebegitu dikeluarkan, dan beliau menganggap ia sebagai sesuatu yang serius. – Riduan Ahmad/Scoop, 1 Jun, 2024

Selain itu, beliau berkata, pihak berkuasa turut menjalankan pemeriksaan di hotel penginapan dan laluan masjid serta tempat tertentu bagi mengesan jemaah yang melanggar peraturan tersebut.

Berikutan itu, Syed Saleh menyeru semua petugas dan jemaah haji untuk mengambil berat perkara berkenaan dan sentiasa patuh kepada arahan dan undang-undang Kerajaan Arab Saudi.

“Kepada jemaah haji Malaysia, saya ingin ingatkan semula pastikan anda sentiasa mempunyai kad Nusuk, insya-Allah, TH sedang dan akan mengedarkan kad ini kepada jemaah haji yang duduk bawah kuota 31,600.

“Jemaah juga hendaklah pastikan kad ini dijaga dengan baik untuk mudahkan pergerakan dan perjalanan serta ibadah haji,” katanya.

Beliau turut menggalakkan jemaah haji Malaysia memuat turun aplikasi Nusuk yang turut disertakan dengan kad Nusuk digital bagi memudahkan jemaah sekiranya diperiksa pihak berkuasa. – 1 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

End of Bumiputera majority stake? Sunway makes RM3.15 per share takeover offer for IJM Corp

Despite earlier denials, Sunway’s bid to acquire IJM Corp could reshape Malaysia’s construction sector

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related