◉ HEADLINES

Siasat segera dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri: Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, negara ini sangat terikat kepada dasar kerajaan iaitu tiada hubungan diplomatik dengan Israel, selain tiada sebarang perjanjian perdagangan dengan kerajaan Zionis itu

1:41 PM MYT

 

BAGAN DATUK – Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, negara ini sangat terikat kepada dasar kerajaan iaitu tiada hubungan diplomatik dengan Israel, selain tiada sebarang perjanjian perdagangan dengan kerajaan Zionis itu.

Beliau berkata, jika ada barangan Israel di mana-mana pelabuhan di Malaysia dengan menggunakan pihak ketiga, maka perkara itu harus dipantau pihak berkuasa.

“Saya fikir pihak lembaga pelabuhan dan pihak kastam harus bertindak dengan segera kerana kita tahu apa yang berlaku ini bukan hanya soal perdagangan tetapi soal bagaimana peraturan-peraturan yang begitu ketat telah terbolos dengan adanya barangan itu (kontena) untuk memasuki salah sebuah pelabuhan kita.

“Siasatan jika betul atau tidak mesti disegerakan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pengoperasian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Bagan Datuk di Hutan Melintang, dekat sini hari ini.

Semalam media melaporkan kewujudan kontena itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad dilaporkan berkata, beliau terkejut apabila menerima aduan penduduk prihatin yang mendakwa pelabuhan berkenaan masih menerima masuk kontena yang dibawa dari Israel. – 2 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related