HEADLINES

Awas! Sindiket godam telefon pintar masih guna taktik sebar kad perkahwinan digital: Polis

Apabila penerima memuat turun fail APK, penjenayah itu akan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan, sebelum mencuri wang mangsa

11:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyebaran mesej jemputan perkahwinan melalui fail aplikasi (APK) dikesan masih menjadi taktik digunakan penjenayah untuk menggodam telefon pintar, bagi mengakses maklumat kewangan mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, modus operandi itu sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data, menggunakan fail APK yang ditanam dengan perisian hasad (malware).

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mesej jemputan perkahwinan terbabit biasanya akan dihantar penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa.

“Sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi terbabit, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Ramli berkata, akses itu membolehkan penjenayah mencuri data milik mangsa, malah mengakibatkan individu terbabit mengalami kerugian wang.

Katanya, PDRM percaya taktik itu menyasarkan mangsa dalam kalangan individu kurang pengetahuan berkaitan teknologi.

Justeru, beliau menasihatkan agar orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail APK yang diterima melalui mesej, emel dan seumpamanya.

“Adalah dinasihatkan sebarang muat turun fail aplikasi ke telefon pintar, hanya dilakukan melalui platform selamat, seperti Google Play dan App Store,” katanya.

Terdahulu, polis dilaporkan berkata, dalam tempoh 2021 hingga Jun tahun lalu, sebanyak 1,434 kes dilaporkan menggunakan modus operandi berkenaan.

Sepanjang tempoh itu, kerugian direkodkan adalah sebanyak RM23,261,676.89, selain polis turut menahan 150 ahli sindiket terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing. – 3 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related