HEADLINES

Kes gaduh di kedai makan, polis terima laporan mangsa

Hasil semakan polis mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 pagi, 31 Mei lalu di sebuah kedai makan di Georgetown, Pulau Pinang melibatkan dua lelaki warga tempatan

11:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah menerima laporan berhubung insiden pergaduhan membabitkan dua individu di sebuah kedai makan di Georgetown, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Razlam Ab Hamid berkata, polis menerima laporan daripada mangsa insiden terbabit pada jam 8.07 malam, 1 Jun lalu.

Menurut beliau, pihaknya terjumpa satu rakaman video yang dimuat naik di platform X memaparkan dua lelaki sedang bergaduh pada jam 2 petang semalam.

“Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 pagi, 31 Mei lalu di sebuah kedai makan di Georgetown, Pulau Pinang melibatkan dua lelaki warga tempatan.

“Pada keesokan harinya, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razlam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kami menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak menularkan lagi rakaman klip video berkenaan,” katanya.

Tiada tangkapan dilakukan berhubung kes itu setakat ini.

Terdahulu, tular video menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan memaparkan dua lelaki sedang bertengkar sebelum mereka berbalas tumbukan hingga di luar kedai. – 4 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related