HEADLINES

Fitnah Nie Ching arah MCMC sekat hantaran di Facebook, peguam digesa mohon maaf

Fahmi Fadzil berkata, keputusan untuk menurunkan mana-mana kandungan yang disiarkan di platform media sosial adalah berdasarkan garis panduan platform tersebut

6:32 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Peguam Shamser Singh Thind digesa supaya memohon maaf kepada Teo Nie Ching kerana mendakwa hantaran di Facebooknya berkaitan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) disekat atas arahan Timbalan Menteri Komunikasi itu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, keputusan untuk menurunkan mana-mana kandungan yang disiarkan di platform media sosial adalah berdasarkan garis panduan platform tersebut meskipun aduan dibuat oleh orang awam atau permintaan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Saya ingin tegaskan dari segi proses ada banyak cara, mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada MCMC jika mereka memerlukan tindakan daripada badan kawal selia itu terhadap kandungan atau bahan (disiarkan di platform media sosial), bukan hanya Menteri dan sebagainya.

“Saya juga ingin tegaskan sekali lagi bahawa tindakan untuk menurunkan akhirnya terpulang kepada platform tersebut, sekiranya mendapati ada pelanggaran maka boleh diambil tindakan untuk turunkan.

“Bukan semua permintaan oleh MCMC dituruti atau dipenuhi platform-platform ini. Ada sesetengah platform seingat saya mungkin peratusan diturunkan sekitar 50%. Jadi individu tersebut tidak betul menuduh timbalan menteri. Saya harap dia memohon maaf kepada timbalan menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Shamser bahawa hantarannya di Facebook bertarikh 26 Mei lalu disekat untuk pembaca Malaysia berikutan permintaan daripada MCMC.

Peguam terbabit dilaporkan berkata, beliau dimaklumkan mengenai sekatan itu melalui Facebook pada 3 Jun, yang menyebut tindakan itu diambil berdasarkan permintaan undang-undang oleh MCMC kerana ia bertentangan dengan undang-undang bertulis di negara ini.

Terdahulu, Scoop melaporkan, MCMC menafikan tindakannya menyekat kandungan dimuat naik seorang Shamser atas arahan Nie Ching.

Menurut MCMC, tindakan itu diambil selepas mendapati kandungan dimuat naik pengguna Facebook berkenaan mengandungi elemen tidak benar dan mengelirukan, selain melanggar garis panduan komuniti Meta.

“Pemilik akaun Facebook berkenaan melalui hantaran beliau bertarikh 3 Jun memberi gambaran mengaitkan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berikutan tindakan sekatan yang dibuat.

“SKMM ingin menegaskan bahawa dakwaan pemilik akaun Facebook berkenaan adalah tidak benar. Untuk makluman, tindakan diambil berdasarkan aduan diterima dan berpandukan prosedur operasi standard ditetapkan,” katanya. – 5 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Bryan Lomas joins South Korea as national diving coach

34-year-old three-time Olympian's contract will last until the 2026 Asian Games

Related