HEADLINES

Polis siasat video tular pemandu e-panggilan hina agama Islam dan negara

Video TikTok itu memaparkan seorang pemandu e-panggilan menghina Islam serta memburukkan negara kerana tidak berpuas hati Malaysia mengharamkan arak dan judi

10:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat video tular membabitkan seorang pemandu e-panggilan yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan negara Malaysia kepada pelancong asing baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 49 tahun yang melihat video itu di aplikasi TikTok di rumahnya di Kempas Baharu, Johor Bahru semalam.

Beliau berkata lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-panggilan menghina agama Islam serta memburukkan negara ini kerana tidak berpuas hati Malaysia mengharamkan arak dan judi.

“Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik pada kira-kira 7 malam semalam dengan mengeluarkan kenyataan sensitif.

“Semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan butiran pemilik akaun serta mengenal pasti pemandu e-panggilan itu,” katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, tular di laman sosial video dipercayai dirakam pelancong asing yang memaparkan pemandu e-panggilan mengeluarkan kenyataan menghina Islam dalam perbualan mereka ketika pelancong terbabit menggunakan perkhidmatannya. – 5 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Don’t add fuel to the haze: public urged to stop open burning as air quality dips

Winds from Sumatra carry smoke across west coast as dry spell worsens conditions

Related