HEADLINES

Rakyat masih tolak Umno, pemimpin kena sedar

Wan Md Agyl Wan Hassan berkata, pemimpin Umno yang berada di atas masih dalam kepompong sendiri dan tidak peduli apa yang disuarakan akar umbi

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kepemimpinan tertinggi Umno yang melaungkan retorik survival parti perlu sedar daripada lamunan bahawa rakyat masih menolak parti keramat Melayu itu.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Wan Md Agyl Wan Hassan berkata, pemimpin Umno yang berada di atas masih dalam kepompong sendiri dan tidak peduli apa yang disuarakan akar umbi.

“Mereka kata yang penting survival parti, itu retorik dan rasional mereka. Tapi survival parti untuk siapa? Ini yang perlu jelas. Survival parti untuk dia duduk berkuasa atau survival parti untuk rakyat terima.

“Masalahnya rakyat tidak terima kita, itu realitinya, survival parti ini hanya untuk mereka survive (hidup), dapat duduk dalam kerajaan.

“Kita faham perlu kuasa (dalam kerajaan) untuk bina semula parti dengan hasil yang ada, baik itu kita faham, tapi anda tidak menangani masalah di mana rakyat masih menolak Umno,” katanya hari ini.

Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Wan Md Agyl Wan Hassan berkata, biarpun hati orang Melayu jenis mudah menerima, namun tidak semuanya boleh ditelan begitu sahaja. Beliau turut berkata, perjuangan Umno juga kini sudah tidak jelas – Gambar Bernama, 6 Jun, 2024

Beliau berkata, pemimpin hanya memekakkan telinga biarpun pelbagai isu timbul termasuk hubungan ‘kurang mesra’ dengan DAP.

“Dia hanya buat pekak, isu DAP masih tidak selesai lagi, contohnya pemimpin Umno masa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu kata undi DAP.

“Kita (Umno) bersama DAP atas dasar hendak membentuk kerajaan sahaja bukannnya ‘brothers in arm’ tapi cuma ‘partners in struggle’ seperti kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR).

“Akar umbi tak boleh terima, kerana mereka terima macam-macam masa Umno tidak bersama DAP, mereka cakap kita macam-macam, dosa-dosa DAP pada Umno banyak lagi yang tidak dicuci,” katanya.

Beliau berkata, biarpun hati orang Melayu jenis mudah menerima, namun tidak semuanya boleh ditelan begitu sahaja.

“Apa perjuangan Umno sekarang ini, sudah tidak jelas, kita nak perjuangkan apa? Lihat sayap Pemuda, nampak sedih, langsung tidak ada perkara yang jelas untuk diperjuangkan.

“Contoh dalam isu KK Mart, kita cuba hendak jadi juara, boikot dan naikkan kemarahan orang hingga ada premis yang dibaling ‘molotov cocktail’.

“Sepatutnya kita berjumpa Menteri Agama, lihat balik perkara undang-undang berkait kalimah Allah.

“Kita nak meminda undang-undang ini supaya penalti lebih berat kepada orang yang menyalahguna kalimah Allah, itu yang kita patut buat, barulah nampak Pemuda Umno ini memperjuang Islam,” katanya. – 6 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Will MIDA be the endgame for Malaysia’s Indian community? – Ravindran Raman Kutty

Writer dissects landmark report exposing deep-rooted structural exclusion facing the community, urging urgent reforms not just for upliftment but for national progress

Related