HEADLINES

Konsert solo: Impian Jaclyn Victor bakal jadi kenyataan Oktober ini

Konsert solo Jaclyn Victor dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur

10:14 AM MYT

 

PUTRAJAYA — Beraksi secara solo di pentas pastinya menjadi impian mereka yang bergelar anak seni, begitu juga penyanyi yang terkenal dengan vokal lantangnya, Jaclyn Victor.

Selama dua dekad mengharungi perjalanan berliku sebagai anak seni, akhirnya impian ini bakal menjadi kenyataan pada 12 Oktober depan.

Pastinya, peluang keemasan itu yang disifatkan sebagai ‘hadiah amat bermakna’ dalam karier seninya akan digunakan sebaik mungkin khusus untuk menghiburkan para peminat yang senantiasa setia memberi sokongan.

Rasa teruja ini jelas terpancar pada wajah juara Malaysian Idol 2004 ini yang nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 45, semasa sidang media ‘Jaclyn Victor First Solo Concert’ di sini baru-baru ini.  Konsert solo Jaclyn itu dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

“Konsert ini sangat bermakna bagi saya, penanda aras untuk tempoh 20 tahun saya dalam industri ini dan juga masa terbaik untuk saya ‘bagi balik’ kepada semua yang menyokong (kerjaya). Bukan mudah perjalanan untuk kekal relevan dalam industri tanpa sokongan hebat peminat.

“Saya sangat teruja dan mahu buat yang terbaik buat semua peminat yang hadir nanti,” katanya.

Demi memberi keseluruhan fokus untuk konsert solonya tahun ini, pelantun lagu Gemilang ini terpaksa menolak beberapa tawaran lain untuk mengadakan persembahan.

“Saya memang sudah fikirkan, mahu membuat konsert ini sejak tahun lepas, memandangkan tahun ini genap 20 tahun, dalam industri. Lagipun, saya ada kawan yang mahir dalam bidang ini (penganjuran konsert).

“Saya tolak dengan cara baik (tawaran lain mengadakan konsert). Jika tahun depan dapat (tawaran) saya boleh fikirkan, tahun ini saya fokus untuk ini,” katanya konsert itu akan dijayakan oleh Rag Doll Records dengan kerjasama Banyak Bagus Entertainment dan Awake Production.

Mengenai persediannya, penyanyi tinggi lampai ini mahu memberi fokus kepada keadaan suaranya.

“Saya perlu ada rehat yang cukup, sebab nanti nak menyanyi non-stop (tanpa henti) dalam tempoh panjang, ini penting. Saya juga elak makan ‘benda’ yang tidak perlu. Saya seorang penyanyi dan my voice is a gift (suara saya satu pemberian). 

“Untuk pemilihan lagu dan pakaian atau penyanyi jemputan, buat masa ini kita belum finalised (muktamadkan) lagi. Satu kejutan untuk penonton yang hadir nanti,” katanya yang dijangka mendendangkan lebih 25 lagu pada konsert itu nanti.

Tiket bagi konsert tersebut boleh didapati mulai hari ini melalui www.livepass.asia. – 6 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Umno assembly endorses ‘grand collaboration’ of Malay-Muslim parties, Zahid assures no threat to unity govt

Party information chief Datuk Seri Azalina Othman Said also affirms Umno’s support for Anwar’s administration

Petronas targets steady 2 million BOE per day as it accelerates energy transition

Petronas aims to maintain domestic oil and gas production while expanding into lower-carbon and renewable energy ventures, according to its Activity Outlook 2026–2028

KPDN to enforce Hari Raya price controls from March 14 to 28

Festive Season Maximum Price Scheme covers 27 essential items, while new subsidies and discounts aim to ease the cost of living

Related