HEADLINES

Nur Ain Nabilah, Aleena cipta sejarah muncul Atlet Terbaik Anugerah SAM 2023

Kejayaan merangkul kejuaraan berpasangan dunia di Gold Coast, Australia, September lalu membolehkan mereka muncul atlet boling padang pertama memenangi anugerah tersebut

11:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi-Aleena Ahmad Nawawi mencipta sejarah apabila muncul wakil boling padang pertama dinobat sebagai Atlet Terbaik pada Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023 di sini, malam ini.

Mereka mengatasi dua bintang skuasy negara, S. Sivasangari dan Ng Eain Yow; atlet wushu, Wong Weng Soon serta juara boling dunia, Natasha Mohamed Roslan.

September lalu, Nur Ain Nabilah-Aleena mencipta sensasi menamatkan kemarau 15 tahun tanpa pingat emas buat Malaysia dalam final acara berpasangan pada Kejohanan Boling Padang Wanita 2023 dengan menewaskan wakil Malta, Rebecca Rixon-Connie Rixon 15-12 di Gold Coast, Australia.

Aleena mengakui amat terharu menjadi wakil pertama sukan boling padang dinobatkan sebagai Atlet Terbaik dalam anugerah berprestij itu.

“Kejayaan hari ini sangat bermakna kerana kami tersenarai dalam Anugerah SAM dan pecah rekod muncul atlet boling padang pertama menang Anugerah Atlet Terbaik,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan anugerah utama kepada Nur Ain Nabilah dan Aleena. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah, Yeoh (dua, kiri) . – Gambar Bernama, 6 Jun, 2024

Dalam pada itu, juara Sukan Paralimpik 2020, Cheah Liek Hou mempertahankan gelaran Atlet Para Terbaik dengan menumpaskan calon lain iaitu jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dan atlet boccia Noor Askuzaimey Mat Salim.

Liek Hou berkata beliau amat bangga dapat mengekalkan penguasaannya dalam kategori tersebut dan optimis kejayaan hari ini membakar semangatnya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik bagi kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) pada edisi 2024 di Paris.

“Kemenangan ini hadir kerana saya dapat menampilkan prestasi bagus, condition dan memenangi beberapa kejohanan tahun 2023,” katanya.

Atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou dinobat sebagai Atlet Para Terbaik Anugerah SAM-100 PLUS 2023. – Gambar Bernama, 6 Jun, 2024

Antara pencapaian diraih Liek Hou dalam acara perseorangan tahun lepas adalah meraih emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol, Kejohanan Para Brazil dan Kejohanan Para Antarabangsa England.

Gandingan Nur Ain Nabilah-Aleena dan Liek Hou masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada majlis tahunan itu di sebuah hotel di sini.

Majlis turut menghargai wartawan sukan tanah air dengan menyaksikan laporan berita ‘Tandus Pelapis’ terbitan Harian Metro dihasilkan Firdaus Hashim, Aida Adilah Mat dan Amirul Fazli Zulkafli diangkat sebagai pemenang Anugerah Siebel.

Mereka membawa pulang hadiah wang kemenangan berjumlah RM7,000 dan sebuah trofi. – 6 Jun, 2024

Topics

 

Popular

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related