HEADLINES

Liputan 5G bantu usahawan pasarkan produk secara digital

Bagaimanapun liputan tersebut buat masa ini hanya mencapai 85% di seluruh Malaysia, dan MDEC percaya MCMC sentiasa berusaha memastikan negara mencapai liputan 100%

7:53 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Capaian rangkaian 5G akan membantu lebih banyak usahawan memasarkan produk mereka secara digital pada skala yang besar sekali gus meningkatkan tahap ekonomi golongan itu.

Naib Presiden Kanan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Amiruddin Abdul Shukor berkata, pihaknya bagaimanapun maklum bahawa liputan itu hanya mencapai 85% di seluruh negara buat masa ini.

“Memang betul ada kawasan yang belum lagi capai 5G tapi kerajaan melalui Digital Nasional Berhad di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa berusaha untuk pastikan negara mencapai 100% liputan 5G.

“Sebab 5G ini memang membantu usahawan dalam bidang teknologi untuk memasarkan produk mereka dengan lebih luas pada kelajuan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke program Jelajah Saya Digital (JSD) @ Kuala Terengganu, di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, menerusi JSD pihaknya telah menyantuni lebih 560,000 usahawan sejak ia mula dilancarkan pada 2015.

JSD menumpukan kepada empat teras utama iaitu Saya Digital Literasi, Perniagaan, Pendapatan dan Modal Insan bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar kepada rakyat bandar dan luar bandar terutamanya usahawan.

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related