HEADLINES

Lelaki ditahan disyaki bunuh isteri gara-gara masalah rumah tangga

Mangsa dikatakan ditemui terbaring atas katil dengan kesan kelar di leher dan tangan sebelah kanan

11:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun, ditahan selepas disyaki membunuh isterinya di rumah mereka di pangsapuri Palma Bandar Botanik, Klang pada 7 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, kejadian itu dilaporkan oleh adik suspek yang menghubungi Hotline Central Command Centre (DCC) yang memaklumkan abangnya telah membunuh isterinya.

Mangsa, katanya, ditemui terbaring atas katil dengan kesan kelar di leher dan tangan sebelah kanan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 7 pagi dan suspek serta isterinya mempunyai masalah rumah tangga sejak perkahwinan mereka.

“Bedah siasat mendapati terdapat 12 luka hiris dan kelar di bahagian telinga, pipi kiri, dagu kiri, leher, bahu kanan, lengan bawah kanan, jari manis, jari kelingking kiri dan kepala sebelah kiri.

“Punca kematian adalah luka kelar di bahagian leher yang memotong kulit, lapisan bawah kulit, otot leher sebelah kiri, saluran pernafasan dan tulang leher,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 14 Jun ini dan beberapa saksi akan dipanggil untuk dirakam percakapan termasuk ahli keluarga terdekat.

Kertas siasatan, katanya, akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung atau penjara bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika tidak dihukum mati, dan hendaklah dihukum tidak kurang 12 sebatan. – 9 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

[UPDATED] BAC files for judicial review after 17 law grads barred from CLP exam

This as qualifying board has deemed them ineligible to sit for certificate as they had not spent at least a year of their degree in UK, as mandated by their course

Related