HEADLINES

Pendakwaan kes Zayn Rayyan esok, kata peguam

Mahmud ketika dihubungi Scoop berkata, beliau dimaklumkan pegawai penyiasat (IO) kes berkenaan tidak akan dituduh di mahkamah hari ini

10:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwaan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak, Zayn Rayyan akan dijalankan esok, kata peguam kepada ibu kanak-kanak itu, Mahmud Jumaat.

Mahmud ketika dihubungi Scoop berkata, setakat ini beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat (IO) kes berkenaan tidak akan dituduh di mahkamah hari ini.

“Setakat ini IO kata tuduh (pendakwaan) esok, rasanya salah info.

“Saya tahu memang esok, so tak pasti bagaimana mereka (media) dapat info hari ini, esok wajib,’’ katanya.

“Setakat ini IO kata tuduh (pendakwaan) esok, rasanya salah info ( dakwa hari ini).

“Saya tahu memang esok, tak pasti bagaimana mereka (media) dapat info hari ini, apa-apa hal, esok wajib (confirm),’’ katanya di sini.

Mahmud, peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co itu berkata demikian ketika ditanya sama ada ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf akan didakwa hari ini apatah lagi Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi ini sudah dipenuhi dengan petugas media.

Pada 31 Mei lalu, polis menahan pasangan suami isteri yang juga ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari serta Ismanira Abdul Manaf dan ditahan reman selama enam hari sehingga 1 Jun lalu.

Namun pada 7 Jun, polis telah mendapatkan perintah melanjutkan reman sehingga esok.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini berkata, tempoh reman ibu bapa Zayn itu dilanjutkan kerana terdapat percanggahan keterangan daripada saksi dan pasangan suami isteri itu.

Ismanira dalam pada itu turut dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan di Apartment Idaman di Damansara Damai, pada Isnin, untuk melakonkan semula kejadian yang membawa kepada kehilangan dan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan tahun lalu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya pada 6 Disember tahun lalu.

Walaupun pemeriksaan meluas ke atas penduduk di blok lain dan ujian DNA dilakukan, polis gagal menahan sesiapa sehingga penangkapan ibu bapa kanak-kanak itu – 12 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related