HEADLINES

Ibu Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah untuk rekod pengakuan: Polis

Sumber ketika dihubungi Scoop bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu kepada Zayyan Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf dibawa ke mahkamah untuk direkod pengakuan di bawah Akta Keterangan 1950.

Sumber polis ketika dihubungi Scoop bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

“Direkod pengakuan,’’ katanya ringkas.

Di bawah Seksyen 26 (1) Akta Keterangan 1950, ia menyatakan tiada pengakuan salah yang dibuat oleh mana-mana orang semasa dia berada dalam jagaan seseorang pegawai polis boleh dibuktikan bagi menentang orang itu melainkan jika pengakuan salah itu dibuat di hadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret.

Dalam pada itu, peguam kepada ibu Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat selepas sidang media sejurus selepas berakhirnya prosiding tertutup itu memberitahu Ismanira tidak membuat sebarang pengakuan bersalah dalam kamar di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut Mahmud, hanya Ismanira yang dibawa ke mahkamah hari ini bagi prosiding berkenaan dan esok merupakan penentu siapa yang akan didakwa.

Terdahulu, Mahmud serta peguam yang mewakili bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin tiba di mahkamah, masing-masing pada jam 11.15 pagi dan 11.20 pagi.

Turut kelihatan di mahkamah ialah ahli keluarga Zayn Rayyan.

Pada 31 Mei lalu, polis menahan pasangan suami isteri yang juga ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari serta Ismanira Abdul Manaf dan mereka ditahan reman selama enam hari sehingga 1 Jun lalu.

Namun pada 7 Jun, polis telah mendapatkan perintah untuk melanjutkan reman sehingga esok.

Isnin lalu, Ismanira turut dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan di Apartment Idaman di Damansara Damai untuk melakonkan semula kejadian yang membawa kepada kehilangan dan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan tahun lalu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya pada 6 Disember tahun lalu. – 12 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related