HEADLINES

SPRM tidak buat pendakwaan terpilih: Azam

SPRM bertindak secara profesional tanpa mengira latar belakang

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menegaskan agensi itu bukan alat kerajaan serta menolak tuduhan membuat pendakwaan terpilih.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki hari ini turut menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan pendakwaan terbaharu membabitkan anaknya.

Beliau berkata, SPRM bertindak secara profesional tanpa mengira latar belakang.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan kerana tindakan kami adalah tindakan yang profesional, tidak mengira siapa sama ada pihak pegawai kerajaan, ahli politik ‘government of the day’ dan sebagainya.

“Apabila ada report (laporan) dan kesalahan, kita akan tuduh di mahkamah, itu saja kerja saya, saya tidak ada selective prosecution (pendakwaan terpilih) di sini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran buku bertajuk ‘The Sin Of Corruption A Religious Perspective’ di Putrajaya, hari ini.

Pada 5 Jun lalu, anak Hamzah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 dengan menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tender daripada sebuah syarikat enam tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Faisal Hamzah, 40, yang juga perunding sebuah syarikat mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Muhammad Faisal yang juga ahli perniagaan dituduh menerima wang berkenaan daripada Izmir Abd Hamid yang didakwa sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions sebagai perunding pemasaran.

Ini kali kedua Faisal dihadapkan ke mahkamah. Pada April tahun lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan kes seleweng minyak masak bersubsidi di Mahkamah Sesyen Seremban.

Susulan pertuduhan itu, Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, mendakwa pendakwaan terbaharu itu sebagai siri perancangan pembunuhan karakter politik yang sebenarnya ditujukan kepada beliau sebagai ketua pembangkang.

“‘Tak dapat tanduk, telinga dipulas’,” katanya turut mendakwa tindakan itu selepas kerajaan melalui pelbagai agensi, gagal mencipta naratif, persepsi dan pertuduhan politik ke atas pemimpin Bersatu, termasuk beliau. – 13 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Robust US trade links critical to sustaining Malaysian jobs: Tengku Zafrul

Malaysia risks losing thousands of jobs if it fails to come to a trade agreement with the the United States following the latter’s new tariff regime, said Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz while stressing that execution, credibility and real economic spillovers are key to sustaining investor confidence

Roslin Hashim embarks on three-year mission to boost Egyptian badminton ahead of 2028 Olympics

Former national player aims to boost Egypt’s badminton standards, with a focus on the 2028 Los Angeles Olympic Games

Marhamah’s appointment sparks debate, uncle Badrulamin hits back

He insists donation funds were audited, denies New Age links, urges fairness in judgment

Related