HEADLINES

Riezman Khuzaimi lega konsultan ‘scammer’ dibawa ke muka pengadilan, harap dapat bersihkan imej dan reputasi

Menurutnya, kejadian itu menjadi satu pengajaran kepada orang ramai agar tidak mudah mempercayai seseorang melalui media sosial

8:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Riezman Khuzaimi hari ini mengakui lega apabila pihak konsultan ‘scammer’ yang sebelum ini dilantik mengendalikan penganjuran Konsert Goyang Asli Koplo Milenia sehingga dia mengalami kerugian hampir RM500,000 akhirnya dibawa ke muka pengadilan.

Bercakap kepada Scoop, Riezman berkata, dia turut memuji usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disifatnya cukup cekap menjalankan tugas melalui bukti sahih diberikan berhubung penipuan yang dibuat konsultan ‘scammer’ berkenaan.

“Alhamdulillah, pihak PDRM sudah jalankan tugas yang baik biarpun saya terpaksa menunggu kes ini untuk diselesaikan hampir setahun.

“Saya juga berasa sedikit lega kerana perkara ini sudah melibatkan perundangan. Setidak-tidaknya ia dapat membersihkan reputasi saya yang tercemar. Berikutan hal ini, saya turut dipandang serong rakan kongsi apabila turut dituduh berkomplot untuk menggelapkan wang syarikat.

“Namun, saya memang mengalami trauma kerana konsert tersebut merupakan konsert pertama dalam bidang showbiz yang saya anjurkan di bawah Syarikat Mission Sight Sdn Bhd, sebelum ini saya pernah menerbitkan filem,” katanya.

Menurut Riezman, perkara yang berlaku itu menjadi pengajaran yang berguna kepada orang ramai agar tidak mudah mempercayai seseorang melalui media sosial.

Kata Riezman, apa yang berlaku membuatkan dia trauma kerana konsert tersebut adalah yang pertama buatnya dalam bidang showbiz di bawah Syarikat Mission Sight Sdn Bhd. – Gambar Empire Film Solution Sdn. Bhd, 14 Jun, 2024

“Kemelut ini berlaku kerana saya mengenali scammer ini melalui media sosial dan melalui rekomendasi saya juga, si pelaku ini diberi kepercayaan untuk mengendalikan konsert yang kami anjurkan.

“Saya berharap pihak pengadilan akan melakukan yang terbaik kerana saya tidak mahu apa yang terjadi kepada saya ini turut menimpa orang lain.

“Apapun, kita kena ikut undang-undang dan tidak boleh meletakkan sesuatu kesalahan selagi tiada bukti kukuh. Tetapi apabila kita sudah bagi bukti kukuh, barulah tindakan dan langkah seterusnya boleh diambil,” katanya.

Jelas Riezman, dia sudah melakukan yang terbaik untuk berbincang dan menyelesaikan perkara itu dengan scammer terbabit namun usaha tersebut gagal.

“Dia yang mahu kes ini dibawa ke muka pengadilan, jadi kita pun bawalah ke muka pengadilan,” katanya.

Susulan kerugian yang dialami selepas ditipu scammer terbabit, konsert tersebut tertangguh sebanyak tiga kali pada tahun lalu, namun akhirnya dapat diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Januari tahun ini.

Konsert yang berjaya menggabungkan ratu dangdut Malaysia dan Indonesia itu berjaya melakarkan sejarah dan menjadi konsert dangdut pertama berjaya diadakan di Malaysia.

Ujarnya lagi, dia bersama rakan kongsinya bakal menganjurkan Konsert Goyang Asli Koplo Milenia Season II pada hujung tahun ini dan berkemungkinan diadakan di Pulau Pinang. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Related