HEADLINES

32 eksperimen demi keselesaan jemaah haji

Menteri Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi, Saleh Al-Jasser berkata 17 daripada eksperimen itu beroperasi buat kali pertama manakala selebihnya dikembangkan daripada eksperimen sebelum ini

8:51 AM MYT

 

MAKKAH – Kementerian Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi telah melaksanakan 32 eksperimen tahun ini sebagai sebahagian usaha menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada jemaah.

Menterinya Saleh Al-Jasser berkata 17 daripada eksperimen itu beroperasi buat kali pertama manakala selebihnya dikembangkan daripada eksperimen sebelum ini.

“Satu daripada eskperimen yang berjaya buat kali pertama ialah teksi terbang. Kami juga mempunyai perkhidmatan dron untuk memeriksa jalan, kami ada jalan getah, kami ada jalan dicat putih untuk mengurangkan suhu dan kami ada sistem pemantauan elektronik untuk bas supaya bas tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang jalan raya.

“Pemerhati (yang memantau sistem) dapat mengesan bas (yang melanggar undang-undang), pemandu dan lesen bas,” katanya ketika menerima kunjungan kumpulan media antarabangsa daripada 10 agensi di pejabat kementerian itu hari ini.

Mengulas mengenai ciptaan dan eksperimen teksi terbang, Saleh berkata kemudahan itu boleh memuatkan dua penumpang pada satu masa.

Beliau berkata lesen untuk menerbangkan pesawat itu adalah yang pertama dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

“Kami menyambut baik semua teknologi, bermakna kami mendapatkan perkembangan daripada Kementerian Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkenaan model pesawat yang ada, jadi kami mencuba dan memilih apa yang sesuai dengan tugas operasi,” katanya.

Saleh turut berkata terdapat banyak idea baharu yang sedang dinilai untuk direalisasikan bagi memberi jemaah haji perkhidmatan yang lebih baik. – 15 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related