◉ HEADLINES

2 pemandu bas ekspres positif dadah ditahan dalam Ops Hari Raya Aidiladha

JPJ juga mengeluarkan 47,003 notis atas pelbagai kesalahan sepanjang Ops Hari Raya Aidiladha yang dijalankan di seluruh negara, sejak 10 Jun lalu

9:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pemandu bas ekspres yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ditahan dalam Ops Hari Raya Aidiladha yang dijalankan di seluruh negara sejak 10 Jun lalu.

Pengarah Kanan Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kedua-dua lelaki berusia 42 dan 61 tahun itu masing-masing ditahan di Perlis dan Negeri Sembilan.

Berikutan itu, katanya, JPJ akan menggantung lesen pemandu tersebut yang positif dadah jenis Methampethamine serta ganja di bawah Seksyen 36 Akta 333 selepas pengesahan lanjutan diperoleh daripada Agensi Antidadah Kebangsaan.

“Kita akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan mengikut Akta 715,’’ katanya yang dipetik dari Buletin TV3.

Beliau ditemui media selepas mengiringi Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, hadir dalam operasi khas motosikal bersepadu di hadapan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Wilayah Timur, Kota Bharu, malam tadi.

Kifli juga memberitahu JPJ mengeluarkan 47,003 notis atas pelbagai kesalahan sepanjang Ops Hari Raya Aidiladha yang dijalankan di seluruh negara, sejak 10 Jun lalu.

Jelasnya, sebanyak 209,037 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 1,767 kenderaan disita membabitkan 1,462 kereta, motosikal (192) dan lain-lain (113), atas pelbagai kesalahan. – 16 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related