HEADLINES

Nenek, cucu sesat hampir 20 jam di Bukit Buloh Telur ditemukan selamat

Kedua-dua mangsa, iaitu wanita berumur 62 tahun dan kanak-kanak perempuan 12 tahun ditemukan pada jam 8.55 pagi ini

2:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas hampir 20 jam tersesat di Bukit Buloh Telur, Kuala Kubu Bharu, Selangor, seorang warga emas dan cucunya ditemukan selamat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerusi kenyataan memaklumkan, kedua-dua mangsa, iaitu wanita berumur 62 tahun dan kanak-kanak perempuan 12 tahun ditemukan pada jam 8.55 pagi ini.

Menurutnya, pasukan SAR kemudian membawa mangsa turun ke pangkalan pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) dan mereka diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan awal.

Nenek dan cucunya berusia 12 tahun itu dipercayai ke kebun durian mereka, sebelum wanita berkenaan menghubungi anak sulungnya kira-kira jam 12 tengah hari semalam memaklumkan sesat. – Gambar ihsan Bomba, 17 Jun, 2024

“Mangsa ditemui waris mereka dan dibawa ke kawasan berdekatan. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tiba di lokasi waris mangsa pada jam 9.30 pagi bagi membawa turun mereka,” katanya.

Ujarnya, mangsa dibawa ke hospital Kuala Kubu Bharu dengan ambulans KKM.

“Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.55 pagi. Keadaan baik dan terkawal,” katanya.

Terdahulu, kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada waris mangsa pada jam 3.12 petang.

Pencarian terus diaturgerakkan dengan operasi SAR membabitkan kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM, JBPM dan KKM, selain Malim Gunung Perhutanan (MGP) dan orang awam.

Operasi SAR dihentikan sementara pada jam 7.20 petang ekoran cuaca gelap, sebelum disambung awal pagi tadi.

Menurut laporan awal, nenek dan cucunya itu dipercayai ke kebun durian mereka, sebelum wanita berkenaan dapat menghubungi anak sulungnya pada kira-kira jam 12 tengah hari semalam memaklumkan sesat. – 17 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related